[CAPITAL ONE] READING MENANTI KUNJUNGAN ARSENAL

Kejayaan membelasah Coventry City 6-1 di Stadium Emirates dalam perlawanan pusingan ke-3 Piala Capital One bulan lalu tidak boleh dijadikan sandaran menentang Reading awal pagi ini. The Gunners kembali bangkit selepas 2 kekalahan berturut-turut apabila menewaskan QPR 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris sementara Reading berjaya mengikat Fulham 3-3 dalam perlawanan hujung minggu lalu.

Arsenal merehatkan hampir kesemua pemain utama sebagai persiapan menghadapi Manchester United di Old Trafford hujung minggu ini. Arsene Wenger sebahagian besar pemain skuad simpanan kecuali Laurent Koscielny, Olivier Giroud, Theo Walcott, Carl Jenkinson, Andrey Arshavin dan Francis Coquelin dalam senarai 18 pemain menentang Reading.

Damien Martinez sekali lagi diberi tanggungjawap mengawal gawang Arsenal sementara Koscielny dan Djourou bakal bergandingan selaku pertahanan tengah dengan dibantu oleh Carl Jenkinson dan Ignasi Miquel di posisi bek kanan dan bek kiri. Bahagian tengah pula akan dikemudi oleh dua pemain muda, Francis Coquelin dan Nico Yennaris.

Sementara itu, Andrey Arshavin yang cemerlang beraksi di posisi attacking midfielder ketika menetang Coventry sekali lagi diberi tugas yang sama dalam perlawanan awal pagi nanti. Theo Walcott pula dijangkan akan diletakkan di posisi sayap kanan dan pemain muda sensasi, Serge Gnabry pula selaku sayap kiri. Marouane Chamakh bakal bertindak selaku penyerang tunggal untuk merobek gawang Reading.

Sementara itu, Brian McDermott akan mendapat kembali khidmat Danny Guthrie bagi mengukuhkan jentera tengah The Royals. Namun, Jem Karacan terus disihkan untuk tempoh 6 minggu mendatang kerana mengalami kecederaan lutut dan Noel Hunt masih berada dalam keraguan untuk diturunkan.

Pengurus Reading dijangka akan mengekalkan skuad yang sama ketika seri 3-3 sama kecuali Jimmy Kébé dan Jay Tabb yang bakal direhatkan dan digantikan dengan Danny Guthrie dan Hal Robson-Kanu. Sementara itu, Jason Roberts dan Pavel Pogrebnyak kekal mengemudi jentera serangan The Royals.

Reading dan Arsenal dijangka akan mengamalkan corak permainan terbuka dengan penguasaan bola dan serangan dijangka seimbang dengan kedua-dua pasukan berusaha untuk memperoleh jaringan awal. Tempoh perlawanan mungkin akan berubah menjadi sedikit perlahan jika Reading berjaya memperoleh gol awal dengan lebih banyak bertahan.

Hal Robson-Kanu yang berjaya menajaringkan gol penyamaan buat Reading ketika menentang Fulham antara pemain yang perlu diberi perhatian kerana memiliki kelincahan dan keupayaan menjaringkan gol terutama apabila berhadapan dengan pemain kurang berpengalaman seperti Miquel. Reading dijangka akan melakukan serangan balas pantas serta hantaran tinggi untuk mencari Jason Roberts dan Pavel Pogrebnyak.

Sementara Arsenal pula, bakal mempertaruh dua pemain muda, Yennaris dan Coquelin selaku defensive midfielder dengan mengharapkan gerakan-gerakan kreatif dari pemain berpengalaman, Arshavin dibantu oleh kelincahan Walcott dan Gnabry di bahagian sayap. Chamakh diberi peluang buat pertama kali musim ini penyerang tunggal dalam kesebelasan Arsenal.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 31 Oktober 2012

Waktu : 3.45 pagi (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Majedski, Reading

Pengadil : Kevin Friend

Ramalan : Reading (0) vs Arsenal (2)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal berjaya mencatatkan rekod bersih kemenangan dalam 9 kali sejarah pertemuan kedua-dua kelab ini.
  • Setakat ini hanya Tottenham sahaja yang berjaya memenangi perlawanan di Stadium Majedski bagi musim 2012/13.
  • Arsenal berjaya memenangi dua kejuaraan Piala Liga pada 1987 dan 1993.
  • Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada November 2005 menyaksikan Arsenal menenangi perlawanan dengan 3-0 hasil jaringan Reyes, van Persie dan Arturo Lupoli.
  • Pengurus Reading, merupakan bekas pemain tengah Arsenal yang beraksi dari 1978 hingga 1984 dengan melakukan 61 penampilan dan menjaringkan 12 gol.
  • Noel Hunt bakal melakukan kemunculan ke-375 bersama Reading jika diturunkan dalam perlawanan malam ini.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply