[BULETIN] WOJCIECH SZCZESNY SEDIA HADAPI MAN UNITED

Wojciech Szczesny kembali menjalani latihan penuh bersama skuad utama selepas direhatkan lebih 6 minggu kerana mengalami kecederaan buku lali. Kini, penjaga gol kelahiran Poland itu sedia diturunkan dalam perlawanan penting Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini menentang Manchester United di Old Trafford. Penjaga gol berusia 22 tahun memulakan debut bersama skuad utama Arsenal ketika menentang Manchester United pada 13 Disember 2010.

Musim ini, Szczesny dihimpit kecederaan dan diturunkan hanya 2 kali setakat ini. Kecederaan yang dialami oleh Szczesny ini membuka peluang buat seorang lagi penjaga gol muda Arsenal, Vito Mannone untuk membuktikan kemampuannya. Penjaga gol berusia 24 tahun dari Itali itu berjaya mempamerkan aksi yang memberansangkan sekaligus memberi masalah buat Arsène Wenger memilih siapa yang bakal mengawal gawang Arsenal hujung minggu ini.

Sementara itu, seorang lagi penjaga gol muda Arsenal Damien Martinez turut mempamerkan peningkatan dan melakukan debut bersama skuad utama Arsenal dalam saingan Piala Capital One menentang Coventry City hujung bulan lalu. Lukas Fabianski pula terus disisihkan kerana mengalami kecederaan lutut dan dijangka kembali awal tahun hadapan.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply