[BULETIN] ARSENE WENGER BAKAL DAPAT DANA TAMBAHAN £35 JUTA

Arsene Wenger bakal mendapat dana tambahan berjumlah £35 juta pada jendela perpindahan Januari nanti. Langkah ini bagi memastikan Arsenal menamatkan kemarau kejuaraan sejak 7 musim yang lalu. Minggu lalu, Arsenal mengumumkan keuntungan sebelum cukai sebanyak £36.6 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mei 2012.

“Jika Arsene (Wenger) mahu menggunakan wang semasa perpindahan musim sejuk (Januari nanti),  dia boleh melakukannya,” kata pengerusi Arsenal, Peter Hill-Wood.

“Kami bergantung harap kepadanya dan dia akan mendapatkan dana yang secukupnya.”

“Kami sangat bangga dengan permulaan baik Arsenal (musim ini). Tetapi jika pengurus mahu mengukuhkan skuad pada Januari nanti, tidak ada masalah baginya.”

“Prestasi kewangan kami sangat baik dan kami akan memberikan wang jika Arsene memutuskan untuk membawa masuk pemain-pemain baru.”

Dengan dana sebesar itu, Arsene Wenger pastinya mengintai dua kelibat pemain yang menjadi idamannya penyerang prolifik Atletico Madrid, Rademel Falcao dan bintang muda Brazil, Neymar. Falcao paling mencuri tumpuan apabila membantu Atletico menjulang Piala Europa musim lalu dan Piala Super Eropah 2012 dengan meledak hatrik ketika menentang Chelsea awal September lalu.

Baru-baru ini Falcao turut menyatakan hasrat untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang lebih kompetatif dan mencabar suatu hari nanti. Dengan situasi krisis kewangan yang melanda Sepanyol kini, harga penyerang Columbia mungkin akan jatuh kepada £40 juta daripada nilai asalnya kini berharga £50 juta. Selain Arsenal, Chelsea dan Manchester City turut berminat mendapatkan kelibat penyerang prolifik Atletico Madrid itu.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply