[BULETIN] VITO MANNONE MUNGKIN TINGGALKAN ARSENAL

Vito Mannone tidak menolak kemungkinan untuk meninggalkan Arsenal pada musim panas akan datang lantaran bimbang gagal mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal sekembalinya duo penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny dan Lukas Fabianski nanti. Musim lalu, penjaga gol berusia 24 tahun ini menghabiskan tempoh pinjaman sepanjang 5 bulan bersama Hull City dengan menampilkan aksi cemerlang selepas gagal mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal.

Sementara itu, Arsenal kini dilaporkan bersedia menawarkan kontrak lanjutan untuk Mannone terus kekal di Emirates. Meskipun menampilkan aksi yang cemerlang bersama The Gunners awal musim ini ekoran kecederaan yang dialami oleh Szczesny dan Fabianski, namun penjaga gol kelahiran Itali ini masih ragu-ragu dengan masa depan bersama skuad utama Arsenal.

Tetapi Vito Mannone mengakui dirinya gembira sepanjang 7 musim bersama Arsenal dan sentiasa komited dengan tugas meskipun sering diketepikan dalam skuad utama.

“Sama ada saya mahupun keluarga dan rakan-rakan bercakap mengenainya (masa depan saya),” kata Mannone yang menyertai Arsenal pada 2005 dari kelab Itali, Atlanta.

“Saya berusaha untuk menjadi penjaga gol no.1 dan memenangi kejuaraan. Itu sahaja yang menjadi sasaran saya dan bersedia untuk membuktikannya.”

“Pengurus memberi saya peluang ini. Saya akan terus berusaha dan membuktikan kemampuan saya setiap perlawanan. Ketika ini merupakan detik terbaik saya bersama Arsenal dan saya cukup bersedia untuk merebut tempat saya.”

“Saya sentiasa gembira dan berbangga dengan kelab ini. Saya sangat menyayangi setiap perlawanan yang saya beraksi. Saya cuma mahu melakukan yang terbaik dan memberi sesuatu kepada penyokong-penyokong yang mengkong pengurus dan kami selama ini,” kata Vito Mannone lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply