[BULETIN] TOMAS ROSICKY MAHU BERSARA DARI AKSI ANTARABANGSA

Hasrat pemain tengah Arsenal, Tomas Rosicky untuk bersara dari pentas antarabangsa bersama Republik Czech mendapat tentangan hebat daripada negaranya sendiri. Kudrat pemain tengah ini masih ditagih oleh negaranya dalam kelayakan Piala Dunia 2014 meskipun bakal terlepas aksi menentang Malta dan Bulgaria bulan ini.

Tomas Rosicky dibelenggu kecederaan achilles semasa membantu Republik Czech menewaskan Greece 2-1 dalam kempen EURO 2012 di Ukraine dan Poland Jun lalu meraikan ulang tahun kelahiran ke-32 semalam dan dijangka kembali beraksi dalam tempoh 2-3 minggu akan datang.

Pengurus besar Republik Czech, Vladimir Smicer menolak khabar angin yang mengatakan kapten skuad kebangsaannya itu mahu menamatkan kariernya di pentas antarabangsa. Bekas pemain tengah Borussia Dortmund itu kini memiliki 87 caps bersama Republik Czech dikhabarkan mahu mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Milan Baros yang telah mengumumkan persaraan Jun lalu.

“Tomas (Rosicky) mahu membuat keputusan (untuk bersara) dan menamatkan tugasnya,” kata Smicer kepada  isport.blesk.cz. baru-baru ini.

“Dia merupakan prospek utama kami untuk beraksi dalam pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil nanti.”

Namun, Vladimir Smicer mengakui Tomas Rosicky mungkin mendapat sedikit tekanan daripada Arsenal untuk tidak meneruskan khidmatnya bersama skuad kebangsaan Republik Czech. Rosicky kini semakin pulih dan berharap untuk kembali beraksi bersama Arsenal beberapa minggu lagi.

“Ia mungkin terjadi dan (Arsene) Wenger mungkin melakukannya,” kata pengurus besar Repubik Cezch itu.

“Dia (Rosicky) mungkin tidak secergas dulu untuk dua tiga bulan ini, tetapi dia mudah mendapat kembali prestasinya kerana fizikal mampu melakukannya.”

“Dia memberitahu saya yang dia belum bersedia untuk beraksi dalam dua tiga minggu mendatang,” kata Smicer lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply