[BULETIN] STEVE GATTING PENGANTI PAT HOLLAND

Arsenal FC mengesahkan Pat Holland telah meninggalkan peranannya selaku jurulatih skuad Arsenal B-18 atas faktor peribadi. Pengurusan kelab turut mengumumkan Steve Gatting akan mengambil alih tanggungjawab tersebut yang sebelum ini berperanan sebagai pembantu jurulatih pembangunan.

Kehadiran Steve Gatting dilihat mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Pat Holland itu. Gatting merupakan bekas pemain Arsenal yang beraksi sebanyak 76 kali dari 1977 hingga 1981 dan sudah berpengalaman selama 5 tahun dalam merencanakan pembangunan pemain-pemain muda di Arsenal.

Buat Pat Holland, terima kasih atas sumbangan anda dan selamat maju jaya diucapkan kepada Steve Gatting dengan peranan barunya ini.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply