[BULETIN] SANTI CAZORLA PEMAIN TERBAIK BULANAN SEPTEMBER

Santi Cazorla sekali lagi telah dipilih selaku Pemain Terbaik Bulanan EA Sports bagi bulan September. Pemain tengah berusia 27 tahun ini terus menampilkan persembahan cemerlang sekaligus memacu kejayaan Arsenal sepanjang bulan September lalu. Arsène Wenger turut memuji kehadiran Cazorla yang berjaya mempengaruhi persembahan rakan-rakan sepasukannya di Arsenal.

Pemain antarabangsa Sepanyol ini memulakan bulan September dengan menjaringkan satu gol dan menghasilkan 1 assist ketika membantu Arsenal menewaskan Liverpool di Anfield pada 2 September lalu diikuti dengan kemenangan besar 6-1 ke atas Southampton di Emirates. Cazorla terus menjadi nadi kemenangan Arsenal apabila berjaya mencatatkan kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah ke atas Montpellier musim ini.

Cazorla berjaya mengatasi bek kanan muda Arsenal, Carl Jenkinson apabila mencatatkan undian sebanyak 29.4% diikuti dengan Jenkinson yang berjaya memperolehi 21.4% sementara Gervinho yang menjaringkan 3 gol sepanjang September lalu menduduki tempat ketiga dengan 15.5% undian. Pemilihan ini berdasar undian yang dilakukan menerusi laman web rasmi www.arsenal.com.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply