[BULETIN] MICHAEL JOHNSON KUNJUNGI LONDON COLNEY

Arsenal telah menerima kunjungan istimewa di London Colney pada Isnin lalu. Bekas atlet olahraga Amerika Syarikat, Michael Johnson mengambil kesempatan mengunjung pusat latihan Arsenal dengan dengan ditemani oleh beberapa orang jurulatih Arsenal dan pengiring ketika sesi latihan Isnin lalu. Johnson turut menjadi sebahagian tetamu utama yang menyaksikan The Gunners menewaskan Olympiakos di Emirates semalam.

Johnson merupakan satu-satunya atlet yang memenangi pingat emas acara 200m dan 400m dalam satu kejohanan Olimpik yang sama pada 1996 di Sukan Olimpik Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Bekas atlet berusia 45 tahun ini juga pernah memenangi pingat emas acara 4×400 berganti-ganti di Sukan Olimpik Barcelona 1992 serta pingat emas 400m di temasya Olimpik Sydney 2000. Malah, rekod dunia acara 400m masih kekal menjadi miliknya yang dicatatkan dalam Kejohanan Dunia di Sevilla pada 1999.

Arsenal bakal memilih beberapa pemain-pemain muda untuk dihantar berlatih dan meningkatkan prestasi di pusat latihan milik lagenda olahraga Amerika Sayrikat itu yang terletak di Dallas, Texas. Program ini bermatlamat untuk meningkatkan kepantasan dan kekuatan pemain-pemain muda Arsenal sebagai persediaan sebelum diserap ke dalam skuad utama Arsenal.

Sementara itu, Arsene Wenger turut mengalu-alukan kehadiran bekas jaguh pecut Amerika Syarikat itu dan mengakui program ini sangat berguna kepada pemain-pemain muda Arsenal.

“Dia (Johnson) bakal membantu kelab. Dia seorang bekas olahraga dan kami berkerjasama denganya. Kami akan menghantar pemain-pemain muda kami untuk meningkatkan aspek fizikal,” kata Arsene Wenger.

Pertahanan muda Arsenal, Ignasi Miquel merupakan antara pemain-main muda Arsenal yang bakal menjalani latihan bersama Johnson

“Jika pemain boleh berlari pada kadar yang sama tetapi boleh mendapatkan kuasa, setiap kali mereka berusaha -pemain akan menjadi lebih cepat jika mereka boleh mengulangi kekerapan pergerakannya.”

“Musim panas ini Miquel dan beberapa pemain-pemain muda (akan berlatih bersama Johnson). Miquel memiliki kekuatan tetapi sukar untuk ditentukan jika pemain itu berusia 18 dan 19 tahun,” katanya lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply