[BULETIN] KECEDERAAN TERBARU ARSENAL – 6 OKTOBER 2012

Arsenal kini dalam fasa terakhir menentang West Ham United di Upton Park tengah malam ini waktu Malaysia. The Gunners berjaya bangkit dari kekalahan Sabtu lalu kepada Chelsea dengan membenam cabaran Olympiakos 3-1 di Emirates Khamis lalu. Kini, Arsenal bersemangat untuk meraih tiga mata berharga apabila bertandang ke gelanggang The Hammers.

Arsène Wenger menerima perkhabaran positif apabila Per Mertesacker kini semakin pulih dan bakal menjalani pemeriksaan sebelum diturunkan dalam perlawanan Sabtu ini. Pertahanan antarabangsa Jerman itu mengalami illness Khamis lalu. Sementara itu, Francis Coquelin, Thomas Vermaelen dan Theo Walcott mengalami jangkitan flu dari badan ke badan dan kemungkinan bakal disisihkan untuk perlawanan Sabtu ini.

Bacari Sagna dan Jack Wilshere akan terus beraksi bersama Arsenal B-21 sebelum kembali ke dalam skuad utama Arsenal dalam 3 minggu mendatang. Sementara itu, Tomas Rosicky akan terus direhatkan dan dijangka kembali dalam tempoh sebulan lagi.

Wojciech Szczesny juga akan terus disishkan untuk tempoh sebulan lagi dan Damien Martinez dipanggil untuk menjadi penjaga gol kedua di belakang Vito Mannone. Lukas Fabianski yang mengalami kecederaan bahu ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Poland bulan lalu akan berehat lebih lama lagi ekoran belum pulih dari kecederaan.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply