[BULETIN] KECEDERAAN TERBARU ARSENAL – 3 OKTOBER 2012

Di sebalik khabar gembira oleh kem Arsenal selepas Jack Wilshere dan Emannuel Frimpong serta Bacary Sagna semakin hampir untuk kembali menyertai skuad Arsenal selepas berehat panjang ekoran kecederaan namun beberapa pemain-pemain Arsenal mengalami kecederaan baru. Santi Cazorla dan Abou Diaby bakal terlepas aksi menentang Olympiakos di Emirates awal pagi nanti waktu Malaysia.

Jack Wilshere kembali beraksi buat kali pertama selepas hampir 14 bulan disisihkan bersama skuad Arsenal B-21 menentang West Brom Isnin lalu. Pemain berusia 20 tahun beraksi dengan baik dan memerlukan beberapa perlawanan untuk mengembalikan kecergasaan. Emannuel Frimpong juga kembali beraksi selepas berehat haampir tujuh bulan sejak Februari lalu.

Sementara itu, Mikel Arteta masih dalam keraguan setelah mengalami kecederaan buku lali. Pemain berusia 29 tahun bakal menjalani ujian hari ini sebelum dibenarkan beraksi menentang Olympiakos awal pagi nanti. Abou Diaby pula bakal diketepikan sekurang-kurang 3 minggu kerana mengalami kekejangan otot paha pada Sabtu ketika menentang Chelsea.

Penjaga gol utama Arsenal, Wojciech Szczesny pula terus diketepikan untuk tempoh 2-3 minggu lagi setelah mengalami kecederaan buku lali. Bacari Sagna pula sudah mejalani latihan penuh dan memerlukan sedikit masa lagi untuk kembali bersama skuad utama Arsenal. Tomas Rosicky juga semakin pulih dan bakal kembali dalam 2-3 minggu lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply