[BULETIN] JACK WILSHERE – TERHANGAT DI PASARAN

Pemain muda Arsenal, Jack Wilshere berada dalam senarai pemain bola sepak elit dunia meskipun tidak beraksi dalam perlawanan kompetatif sejak 16 bulan lalu. Pemain tengah berusia 20 tahun itu kembali pulih dari kecederaan buku lali dan lutut menyaksikan dirinya terlepas aksi sepanjang musim lalu. Majalah SportsPro menyenaraikan Wilshere sebagai pemain ke-4 paling hangat di pasaran – di belakang Neymar, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Wilshere baru-baru kembali beraksi bersama skuad Arsenal B-21 menentang Reading B-21 dan West Brom B-21 sebagai persediaan untuk kembali beraksi bersama skuad utama dalam tempoh kurang dari sebulan lagi. Dia turut disenaraikan sebagai pemain muda paling berbakat dan menjadi wajah utama dalam pengiklanan Nike dan Pepsi. Baru-baru ini, pemain tengah England ini menyertai penyerang utama England, Wayne Rooney sebagai penghias kulit permainan komputer EA Sports iaitu FIFA 12.

Penganalisis daripada SportsPro berkata : “Nilai (Wilshere) meningkat meskipun terlepas beraksi dalam kejohanan EURO 2012 di mana ramai orang sering memperkatakan mengenainya.”

Bintang muda Brazil, Neymar (20) berada di kedudukan teratas pemain paling hangat di pasaran mengatasi bintang Barcelona, Lionel Messi (25) dan penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo (27). Sementara itu, bintang Man United, Wayne Rooney (26) dan bintang tengah Jerman, Mesut Ozil (24) berada di kedudukan kelima. Penyerang Santos, Neymar pula bakal memperolehi pendapatan lumayan dan akan menjadi bintang utama dalam kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil nanti.

“Neymar bukan nama besar lagi kini. Tetapi nilainya bakal meningkat dalam industri ini dalam tempoh 5 tahun akan datang dengan skaud negaranya akan menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Dunia 2014 yang menjadi tumpuan dunia. Dan Neymar pula akan menjadi pemain tumpuan dalam pasukannya,” kata penganalisis SportsPro lagi.

England dijangka tidak menghadapi masalah untuk melayakan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 dan Jack Wilshere bakal menjadi sebahagian skuad Three Lions. Jaguh pecut Jamaica pula dinamakan sebagai atlet paling hangat di pasaran selepas cemerlang merangkul 3 pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik London 2012.

Majalah ini memberi ranking berdasarkan sistem sokongan setiap calon berdasarkan potensi nilai tambah dalam penjanaan wang serta penajaan.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply