[BULETIN] CHUBA APKOM MENANDATANGANI KONTRAK PROFESSIONAL BERSAMA ARSENAL

Penyerang muda Arsenal, Chuba Apkom telah menandatangani kontrak professional bersama Arsenal. Pemain kelahiran Newham yang meraikan ulangtahun kelahiran ke-17 minggu ini menjadi pilihan utama dalam skuad Arsenal B-21 di bawah kendalian Terry Burton termasuk menjaringkan satu gol ketika menewaskan Reading B-21 pada Isnin lalu dengan keputusan 2-0.

Chuba Apkom turut beraksi cemerlang sepanjang kejohanan Series NextGen musim ini dengan menjaringkan 2 gol daripada 3 perlawanan dalam kejohanan remaja elit Eropah itu. Dengan memiliki bakat yang luar biasa, dia telah terpilih beraksi bersama skuad Arsenal B-18 ketika berusia 15 tahun pada 2010/11 dengan melakukan 15 penampilan sehingga tahun lalu.

Pemain muda Arsenal ini turut dipilih mewakili England dalam kejohanan remaja dengan menjaringkan 3 gol daripada 4 perlawanan bersama skuad England B-17 di Kejohanan Nordic 2011. Selamat maju jaya dan tahniah diucapkan kepada Chuba Apkom.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply