[BULETIN] CARL JENKINSON JALANI LATIHAN BERSAMA ENGLAND

Bek kanan Arsenal, Carl Jenkinson telah menjalani latihan bersama skuad kebangsaan England buat pertama kali petang tadi yang dalam persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2012 menentang Poland Selasa ini. Skuad bimbingan Roy Hodgson menjalani fasa terakhir latihan di padang latihan Arsenal London Colney sebelum berlepas ke Warsaw esok.

Pemain muda Arsenal berusia 20 tahun itu bakal kembali menjalani latihan bersama Arsenal dan tidak turut serta dalam penerbangan ke Poland nanti. Namun, Jenkinson dijangka bakal memulakan debut bersama skuad utama England bulan hadapan menentang Sweeden di Stockhom.

Carl Jenkinson menyertai Arsenal pada Jun 2011 dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £1 juta dari Charlton Athletic dan telah memulakan debutnya bersama skuad utama Arsenal ketika perlawanan play-off Liga Juara-Juara Eropah menentang Udinese pada 16 Ogos 2011. Musim lalu, Jenkinson menjadi pilihan utama mengisi posisi bek kanan ekoran kecederaan panjang yang dialami oleh Bacary Sagna.

Persembahan mantap yang dipamerkan Jenkinson bersama Arsenal musim berjaya memikat Roy Hodgson untuk menyenaraikannya bersama skuad kebangsaan England. Pemain yang memiliki darah campuran England (ayah) dan Finland (ibu) ini memulakan karier awal bersama Charlton Athletic dan pernah beraksi bersama skuad England B-17 serta skuad Finland B-19 dan B-21.

“Pada kesempatan ini, kami mengambil keputusan untuk mengekalkan Jenkinson tetapi dia sentiasa berada dalam fikiran kami di mana dia mungkin menyertai perlawanan persahabatan akan datang,” kata Roy Hodgson

“Selepas bercakap dengan Arsène (Wenger) dan saya sedia peningkatannya terlalu mendadak. Dia baru berusia 20 tahun dan sangat bagus untuk dia bersabar tetapi dia tidak akan diketepikan daripada skuad (England),” kata pengurus skuad kebangsaan England itu.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply