[BULETIN] ARSENAL RANGKUL ANUGERAH PERKHIDMATAN PELANGGAN TERBAIK

Arsenal dinamakan sebagai Kelab Terbaik Tahunan dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan terbaik di Liga Perdana Inggeris – satu anugerah baru di bawah kendalian Premier League dan badan perlancongan, VisitEngland. Liverpool, Fulham dan Manchester City turut disenaraikan untuk pelbagai kategori lain dalam anugerah VisitFootball ini.

Panel penilai yang memantau prestasi The Gunners sejak dua musim yang lalu mengakui pencapaian Arsenal mengagumkan dari segi perkhidmatan pelanggan.

“Staf-staf (Arsenal) di pelbagai peringkat, dari pelayan ke perkhidmatan makanan hingga ke tukang cuci telah memberi perkhidmatan yang cemerlang. Mereka memiliki budaya kerja berkualiti tinggi di Stadium Emirates dan sikap professionalisme mereka bersinar teguh,” komen lembaga penilai mengenai prestasi Arsenal.

Kesemua 20 kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris dinilai dari 8 aspek termasuk penjualan tiket, penkhidmatan makanan, kebersihan tandas, kedai cenderamata dan sebagainya.

Manchester City pula menerima anugerah ‘Inovasi Penyokong Terbaik’ lantaran projek City Square dan Family Stand yang diperkenalkan oleh kelab berpangkalan Eastland itu. Sementara pelayan-pelayan Liverpool pula menerima anugerah bagi kategori ‘Warmest Welcome’ (layanan mesra) lantaran layanan yang mesra pelanggan oleh pelayan-pelayan di Anfield.

Fulham pula memenangi anugerah ‘Unsung Hero’ untuk pegawai perhubungan penyokong, Tommy Guthrie. Guthrie telah melaksanakan tugas dengan baik termasuk membawa masuk penyokong-penyokong asing ke tempat-tempat menarik di sana.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Perdana Inggeris, Richard Scudamore mengakui peningkatan dalam perkhidmatan kelab-kelab Liga Perdana kepada penyokong-penyokong termasuk wanita dan kumpulan keluarga semasa perlawanan.

“Banyak usaha yang dilakukan untuk memastikan persekitaran selamat dan sentiasa terbuka menyambut kehadiran penyokong-penyokong sejak 20 tahun yang lalu,” kata Richard Scudamore.

“Kini, hampir suku daripada kehadiran penyokong adalah wanita, 13% pula melibatkan kanak-kanak sekaligus merangkumi 63% kehadiran kumpulan keluarga yang hadir menonton perlawanan di stadium,” kata CEO Liga Perdana Inggeris itu lagi.

Incoming search terms:

  • buletin arsenal
This entry was posted in Buletin and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply