[BULETIN] ARSENAL RANCANG PEMBANGUNAN DI AKADEMI HALE END

Arsenal mengesahkan akan melakukan proses pembangunan untuk pembesaran di Akademi Remaja Arsenal di Hale End. Kawasan tersebut merupakan tempat latihan bagi pemain-pemain remaja sekitar 9-16 tahun sebelum dinaik taraf menjadi sebuah akademi bola sepak pada 1998 dan menjadi sebahagian daripada proses evolusi kelab di bawah falsafah Arsène Wenger dan Liam Brady.

Meskipun perancangan ini masih di peringkat awal, namun kelab memberi isyarat untuk menaik taraf kemudahan berdasarkan laporan tahunan kelab baru-baru ini.

“Dengan memandang kehadapan, kelab dalam proses persetujuan untuk merangka perancangan pembangunan besar demi peningkatan kemudahan latihan pemain-pemain remaja di Hale End.”

Tahun lalu, Arsenal telah membuka pusat perubatan di London Colney dengan padang tambahan dan bilik taklimat media sejak dekad lalu hasil pembangunan berterusan di kompleks latihan Arsenal dengan menggunakan dana hasil penjualan Nicolas Anelka ke Real Madrid pada 1999.

Perbelanjaan untuk pembangunan seringkali diabaikan oleh penyokong-penyokong yang lebih memberi fokus kepada proses pembelian pemain-pemain. Seiring dengan peraturan baru home-ground player serta peraturan Financial Fair Play oleh FIFA, pembangunan kemudahan sukan  sangat diperlukan dalam usaha untuk melahirkan pemain-pemain muda sebagai tidakan pelan jangka masa panjang. Malah, dua minggu lalu Manchester City turut mengumumkan pembinaan kompleks latihan besar milik mereka sendiri.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply