[BULETIN] ARSENAL INTAI KELIBAT DAVID HENNEN, SIME VRSALJKO

Arsenal kini dilaporkan menyertai persaingan untuk mendapatkan pemain muda Belgium, David Hennen yang berpotensi untuk menjadi seorang penyerang yang hebat dan dijangka tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris. Pemain berusia 16 tahun itu digelar sebagai ‘Cristiano Ronaldo Baru’ turut menjadi sasaran Manchester United.

The Gunners berusaha untuk memujuk pemain muda itu untuk menyertai Arsenal menerusi bekas kapten Belgium, Thomas Vermaelen. Terdahulu, Hennen telah menolak tawaran daripada Manchester United pada musim panas lalu untuk terus kekal beraksi bersama Anderlecht B-19. Hennen atau nama sebenar David Boris Philippe Hennen dilahirkan di Luxemburgo dan menyertai Standard Liege sebelum berhijrah ke Anderlecht ketika berusia 15 tahun.

“Mereka (Man United) menawarkan saya satu keadaan yang bagus. Tetapi, pengurus saya menyarankan agar saya fokus untuk beraksi dalam skuad utama di Belgium (Anderlecht). Oleh itu, saya menolak tawaran tersebut di mana mereka yang turut mengundang saya melawati pusat latihan mereka,” kata David Hennen kepada La Deniere Heure.

Namun, The Red Devils masih belum menyerah kalah dan memantau perkembangan Hennen jika  pemain muda itu mempunyai hasrat untuk mengikuti jejak langkah pemain-pemain senior Belgium seperti Eden Hazard (Chelsea), Vincent Kompany (Man City), Romelu Lulaku (West Brom), Jan Vertonghen (Tottenham) dan Mousa Dembele (Tottenham) selain Thomas Vermaelen.

Sementara itu, Arsenal turut mengintai kelibat pertahanan Croatia, Sime Vrsaljko yang kini beraksi bersama Dinamo Zagreb sebagai prospek jangka masa panjang Arsenal. Pemain berusia 20 tahun itu merupakan salah seorang pemain muda Croatia berbakat besar dan memiliki prospek masa depan yang cerah beberapa tahun mendatang. Namun, Vrsaljko turut menarik minat beberapa kelab utama termasuk Manchester City, Valencia dan Sampdoria.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply