[BULETIN] ARSENAL CATAT KEUNTUNGAN £36.6 JUTA BAGI TAHUN 2012

Arsenal FC mengumumkan laporan kewangan yang kukuh dengan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak £36.6 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mei 2012 meningkat £14.8 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Di sebalik peningkatan keuntungan itu, Arsenal turut mengalami peningkatan jumlah gaji daripada £124 juta pada 2011 kepada £143 juta pada tahun ini mewakili 60.9% daripada pendapatan kelab.

Perolehan keseluruhan syarikat induk ialah £243 juta sedikit menurun daripada £255 juta kerana pengurangan jualan hartanah namun pendapatan meningkat £235.3 juta daripada £225.4 juta. Tunai dan baki dalam bank turut mengukuh pada £153.6 juta sedikit menurun berbanding tahun lalu dengan hutang Arsenal pula kekal stabil pada nilai £98.9 juta di mana kebanyakan terikat dengan perjanjian jangka masa panjang ekoran perpindahan ke Stadium Emirates.

Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis mengakui pencapain ini meletakkan Arsenal dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi Peraturan Kewangan Fair Play UEFA untuk kelab-kelab kekal berdaya saing mengikut kemampuan.

“Kelab, peminat dan pemegang saham memiliki kepentingan dalam menilai pendekatan kewangan dan mengukuhkan keyakinan bahawa kelab ini kekal kukuh untuk lebih berjaya dalam jangka masa panjang,” kata Ivan Gazidis baru-baru ini.

“Kami berjaya melayakan diri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah bagi 15 musim berturut-turut manakala di luar padang strategi perniagaan dan infrastruktur membantu meningkatkan pendapatan kami.”

“Pertumbuhan kewangan ini memberikan dana yang berterusan untuk pelaburan jangka masa panjang sekaligus memenuhi syarat Peraturan Kewangan Fair Play UEFA. Kami akan terus meningkat dengan jalan kejayaan kami sendiri.”

Kejayaan ini turut dipengaruhi oleh penjualan Cesc Fabregas ke Barcelona dan Samir Nasri ke Manchester City musim panas lalu di mana menyumbang keuntungan penjualan pemain berjumlah £26 juta. Terdapat juga penjualan hartanah daripada pembangunan di Queenslad Road bernilai £26 juta yang bakal memberi keuntungan jangka masa panjang.

Sementara itu, penjualan tiket perlawanan turut menyumbang kepada pendapatan Arsenal berjumlah £95 juta setahun. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger turut berpuas hati dengan pencapaian ini

“Nilai keuntungan kami bagus, sangat memuaskan. Kami sangat gembira kerana mendapat penajaan besar dan pendapatan yang tinggi,” kata Arsene Wenger.

“Kami tidak takut untuk membelanjakan wang tetapi kami tetap gagal bersaing dengan kelab lain yang memiliki dana yang lebih besar. Kami perlu berbelanja dengan cara yang lebih berhemah,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply