[BULETIN] ARSENAL BERAKSI DI BAWAH PAR MENENTANG NORWICH

Arsène Wenger mengakui terkejut dengan prestasi hambar anak-anak buahnya ketika tewas buat pertama kali selepas 12 perlawanan di tempat lawan kepada Norwich City semalam. Sementara itu, Norwich City pula beraksi dengan cemerlang sepanjang perlawanan apabila berjaya menamatkan kemarau kemenangan selepas 7 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini semalam.

“Norwich City bertahan dengan baik dan mereka kekal fokus dan komited (sepanjang perlawanan). Kami menguasai bola tetapi gagal mencipta peluang untuk menjaringkan gol. Ini persembahan mengecewakan kami,” kata Wenger mengulas mengenai kekalahan kepada Norwich City semalam.

“Saya merasakan jentera serangan kami tumpul (semalam). Kami mencuba sepanjang 20 minit pertama tetapi gagal beraksi di tahap sebenar. Kami kehilangan fokus dan mereka lebih tajam dari kami.”

Arsene Wenger mempertahankan penjaga gol selepas gagal menghalang jaringan tunggal oleh penyerang The Canaries dan mengakui hampir kesemua pemain-pemain Arsenal gagal beraksi di tahap sebenar. Kegagalan Vito Mannone yang menangkap kemas rembatan Alexander Tettey sekaligus membuka ruang buat Grant Holt menyempurnakan bola muntah untuk gol kemenangan Norwich City pada minit ke-19.

“Kami tidak menyalahkan sesiapa, kami melakukan banyak kesilapan hari ini. Kami beraksi beraksi di bawah tahap sebenar, jelas sekali kami tidak cukup bagus namun kami akan kembali dengan persembahan berbeza Rabu ini,” kata Wenger lagi.

“Sikap keseluruhan pasukan baik tetapi tidak berada di tahap sebenar yang kami pamerkan semalam. Ini pertama kali kami beraksi di bawah par musim ini dan kami bersedia untuk bangkit.”

Namun, Wenger kekal positif dengan skuadnya dan mengakui masih banyak yang perlu dilakukan jika mahu Arsenal merangkul kejuaraan musim ini. Pengurus Arsenal berusia 63 tahun turut memuji persembahan mantap yang ditampilkan oleh Norwich City sepanjang perlawanan di Carrow Road semalam.

“Saya berharap (kekalahan) ini dapat memebri kesan positif. Kami terkejut dengan permainan semalam tetapi saya memberi pujian kepada Norwich hari ini (semalam). Mereka beraksi baik, kekal komited dan mereka berhak untuk menang.”

“Jika kami tidak bersedia untuk bertarung dan kami menerima kejutan buruk. Terdapat jurang perbezaan besar antara penguasaan bola dengan jumlah peluang yang dihasilkan untuk menjaringkan gol. Dalam masa yang sama, Norwich bertahan dengan baik dan kami tidak melakukan banyak percubaan,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

Arsene Wenger turut mengatakan bahawa kecederaan Oxlade-Chamberlain belum dapat dipastikan tetapi bakal terlepas perlawanan Rabu ini menentang Schalke 04. Pemain muda England itu yang masuk sebagai mengantikan Lukas Podolski pada minit ke-65 namun terpaksa dikeluarkan pada minit ke-74 selepas mengalami kesakitan di paha.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply