[BOLA SEPAK] TIHANA NEMCIC GEGAR DUNIA BOLA SEPAK LELAKI

Dengan rupa paras yang cantik serta sifat kelembutan seorang wanita, siapa sangka Tihana Nemcic mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai jurulatih pasukan bola sepak lelaki. Bekas finalis Ratu Cantik Sukan Croatia 2008 ini telah diberi tanggungjawab membimbing pasukan Divisyen 5 Croatia, NK Viktorija Vojakovac menurut laporan pada 26 September 2012 yang lalu.

Tihana Nemcic pernah beraksi bersama skuad wanita Dinamo Zagreb dan skuad kebangsaan wanita Croatia dan telah menamatkan pengajian sukan di universiti tempatan pada Julai lalu.

Wanita berusia 24 tahun ini berjaya mengalas cabaran ini dengan menjalankan tugasnya dengan baik apabila membimbing kelabnya menduduki tempat ke-8 daripada 16 pasukan.

“Saya merupakan ketua jurulatih dan memiliki kebebasan untuk merencana dan merangka taktikal untuk pasukan,” kata Nemcic dalam rancangan 24 Sata baru-baru ini.

“Jika lelaki dan wanita memiliki kelayakan professional yang sama untuk tugasan selaku jurulatih, jadi tiada sebab untuk saya tidak berada dalam dunia kejurulatihan bola sepak lelaki,” kata Nemcic lagi.

Di sebalik sifat semulajadi yang lemah lembut dan rupa paras yang cantik, Nemcic membuktikan kemampuan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama dengan rendah dengan kaum Adam. Selain itu, Tihana Nemcic juga merupakan antara 15 finalis Ratu Cantik Sukan Croatia pada tahun 2008 bakal menjadi ikon iron lady dalam dunia bola sepak lelaki.

Meskipun sudah berkecimpung selama 10 tahun dalam dunia bola sepak professional dan sangat memahami tentang cara-cara untuk mengendalikan dan menguruskan pasukan bola sepak namun Nemcic mengakui masih banyak yang perlu dipelajarinya. Wanita berambut perang ini mengakui tidak menghadapi masalah untuk membimbing pasukannya dengan pemain-pemain sentiasa mendengar arahannya.

“Kami pasukan yang hebat dan kami semua akan memperbaiki diri dan berusaha untuk mendapat kedudukan teratas liga,” ujar Nemcic lagi.

Hal ini turut diakui sendiri oleh Tihomir Jagusic, salah seorang pemain yang berada di bawah bimbingan Nemcic yang mengakui pengurus wanita berusia 24 tahun itu sangat fokus dan tegas semasa sesi latihan.

“Kami mendengar arahannya (Nemcic). Dia seorang yang tegas semasa sesi latihan,” kata Jagusic.

Sementara itu, Tihana Nemcic mengakui cintanya terhadap bola sepak mula berputik ketika menemani teman lelakinya menjalani latihan bola sepak. Nemcic turut mengakui dirinya kini lebih memikirkan mengenai pemain-pemainnya daripada dirinya sendiri.

“Saya memerhatikan dia (teman lelaki saya) bermain (bola sepak), bagaimana cara untuk bermain dan saya mula bermain bola sepak yang kemudian ianya menjadi sebahagian daripada hidup saya.”

“Apabila kamu seorang pemain, kamu hanya memikirkan tentang diri kamu dan persembahan kamu sahaja. Kini, saya seorang jurulatih dan saya banyak memikirkan tentang pemain-pemain saya. Kedua-dua tugas sangat menarik, memiliki turun dan naiknya,” kata Nemcic lagi.

Incoming search terms:

  • Taktikal bolasepak
  • tihana nemcic
This entry was posted in Bola Sepak and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply