[BERITA] HARIMAU MUDA JUARA VFF NEWSPAPER CUP 2012

Skuad Harimau Muda meneruskan kecemerlangan apabila muncul juara VFF Newspaper Cup 2012 mengenepikan cabaran tuan rumah. Jaringan tunggal penyerang Harimau Muda, Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-57 sudah cukup memberi kemenangan 1-0 menewaskan Vietnam B-21 dalam perlawanan penuh dramatik di Gia Lai semalam.

Pencapaian ini cukup membanggakan buat jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang terpaksa merombak skuad dalam mencari formula terbaik lantaran kehilangan beberapa pemain tonggak yang mengalami kecederaan dan beraksi bersama skuad kebangsaan.

Meskipun tampil tanpa Syahrul Azwari Ibrahim, A.Thamil Arasu, Ariff Farhan Md. Isa, Fandi Othman, dan Syazwan Tajudin dalam perlawanan akhir semalam namun skuad Harimau Muda tetap memberi tentangan sengit buat pasukan tuan rumah.

Kapten Harimau Muda, Irfan Fazail berjaya memainkan peranan yang baik sepanjang perlawanan dengan mengemudi jentera tengah. Malaysia memperoleh gol kemenangan apabil Ahmad Hazwan menanduk masuk sepakan percuma Nurridzuan Abu Hassan pada minit ke-57. Ketinggalan 1-0 mendorong pasukan tuan rumah menggandakan asakan, namun pujian harus diberikan kepada penjaga gol negara, Izham Tarmizi Roslan yang menyelamatkan keadaan.

“Saya berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan pemain. Mereka mempamerkan keazaman tinggi untuk menang,” kata Ong Kim Swee.

Harimau Muda turut mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan yang bermula 13 Oktober lalu dengan menewaskan Thailand B-21 (1-0) pada separuh akhir dan menjuarai Kumpulan B selepas mengatasi Sydney FC dan Laos B-21 degan keputusan 4-2.

Selaku juara, skuad muda negara membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM36,600 manakala penjaga gol Harimau Muda, Izham Tarmizi yang dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik menerima RM1,500.

Incoming search terms:

  • harimau muda
  • vff newspaper cup 2012
This entry was posted in Berita and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply