[BADMINTON] LIEW DAREN RAIH KEJUARAAN SUPER SERIES PERTAMA

Meskipun tidak diletakkan sebarang harapan, namun pemain persorangan muda negara, Liew Daren berjaya menjuarai kejuaraan Super Series pertama buat dirinya semalam. Pemain badminton negara berusia 25 tahun itu menewaskan bekas juara remaja dunia 2010 yang juga merupakan pilihan ke-6 dari Denmark, Viktor Axelsen, 21-18, 21-17 di pentas final Kejohanan Super Series Terbuka Perancis 2012.

Kejayaan ini turut menyelamatkan maruah ketika pasangan beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong terkandas di suku akhir. Pemain kelahiran Kuala Lumpur ini memerlukan masa 42 minit sebelum menjinakkan pemain muda Denmark itu untuk merangkul gelaran sulung sepanjang bergelar pemain badminton professional.

Walaupun berada di kedudukan ranking ke-26 dunia, Liew Daren tampak bersemangat memburu kejuaraan antarabangsa pertama dirinya namun gagal mengawal perasaan gemuruh di awal set pertama apabila ketinggilan 1-5 tetapi berjaya bangkit mengikat kedudukan menjadi 6-6.

Bagai memperoleh semangat baru, Liew Daren kembali menyusun rentak mendominasi perlawanan sebelum memenangi 21-18 pada set pertama dalam tempoh 20 minit. Set kedua bermula sengit dengat Viktor Axelsen cuba bangkit mengejar mata demi mata dan berjaya mendahului Daren 16-14 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Namun, Daren berjaya mengekalkan fokus untuk menangkis setiap asakan Viktor yang menyerang di setiap penjuru gelanggang sekaligus berjaya memenangi 21-17 dalam masa 22 minit. Kejayaan Liew Daren berjaya memberi kelegaan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dikritik hebat kerana masih gagal melahirkan pemain pelapis berbakat untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Lee Chong Wei kelak.

Incoming search terms:

  • daren liew
This entry was posted in Badminton and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply