[ARTIKEL] KECEDERAAN HAMSTRING YANG MENGHANTUI PEMAIN BOLA SEPAK

Kecederaan hamstring (dikenali sebagai pulled hamstring) merupakan kecederaan sering berlaku dalam sukan terutamanya sukan yang melibatkan kepantasan. Malah, kecederaan ini merupakan antara kecederaan yang sering menghantui atlet-atlet dan pemain bola sepak dunia. Minggu ini, Arsenal4u.com akan cuba membincangkan secara ringkas mengenai kecederaan hamstring, punca berlakunya, teknik rawatan dan langkah pencegahan.

Apa itu hamstring?

Hamstring berasal dari gabungan dua perkataan iaitu hamm perkataan Inggeris lama yang bermaksud paha dan string pula merujuk kepada tendon atau otot yang terletak di belakang paha. Hamstring merupakan sekumpulan otot yang mengunjur dari bahagian pelvis (tulang pinggang)  manusia  merentasi sendi lutut sehingga berakhir di fibula (tulang keting) dan tibia (tulang kering) terdiri daripada 3 otot utama iaitu semitendinosus, semimembranosus dan biceps femoris.

Otot hamstring sangat penting dan berfungsi untuk membantu pergerakan di bahagian atas kaki yang melibatkan penganjalan dan penegangan otot dalam melakukan aktiviti seperti duduk, berdiri, melompat, berjalan, berlari, memanjat dan sebagainya. Jadi, kecederaan hamstring bakal membatasi pergerakan dan aktiviti seseorang itu.

Simptom kecederaan hamstring?

Kecederaan ini selalunya terjadi secara tiba-tiba dengan kesakitan di bahagian belakang paha apabila otot hamstring menganjal melebihi tahap maksimumnya. Selepas mengalami kecederaan hamstring, kebiasaanya lutut tidak boleh dibengkokan melebihi 30º atau 40º atau diluruskan tanpa mengalami kesakitan. Faktor usia turut mempengaruhi kecederaan hamstring dengan semakin tua memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya.

Rawatan Kecederaan Hamstring

Kebanyakan kecederaan hamstring biasanya tidak memerlukan pembedahan dan pemulihan bergantung kepada tahap kecederaan hamstring. Bagi kecederaan hamstring ringan dan sederhana, pesakit cuma perlu mengamalkan teknik R.I.C.E (Rest-apply ICE-Compression-Elevate) iaitu berehat dan mengurangkan pergerakan serta menuam dengan ais pada bahagian otot hamstring setiap 3-4 jam dalam tempoh 3 atau 4 hari sehingga kesakitan hilang.

Pil penahan sakit (painkillers) atau krim analgesic perlu digunakan jika kesakitan tidak hilang. Pesakit perlu mengamalkan senaman ringan melibatkan bahagian paha sebelum kembali melakukan aktiviti berat dan lasak. Namun, bagi kecederaan hamstring yang teruk terutama melibatkan bahagian otot yang koyak mungkin memerlukan pembedahan bergantung kepada nasihat doktor. Selain itu, kecederaan hamstring mempunyai risiko untuk mengalami kecederaan berulang.

Langkah Pencegahan

1-Lakukan warming-up setiap kali bersukan dengan sempurna.

2-Lakukan senaman untuk menguatkan bahagian otot paha. Jogging merupakan salah senaman yang baik untuk membendung kecederaan hamstring.

3-Jangan terlalu memaksa otot kaki untuk melakukan aktiviti kerana ini bakal mengundang kecederaan hamstring.

4-Otot kaki yang terlalu keletihan dan belum mencapai tahap kecergasaan yang jitu bakal mengundang risiko kecederaan hamstring.

5-Pengekalan prestasi dengan latihan berterusan sangat penting bagi mengekalkan tahap keupayaan otot hamstring.

6-Diet dan pemakanan seimbang secukupnya mampu mengurangkan risiko berlakunya kecederaan hamstring. Amalan meminum air secukupnya sangat penting untuk mengelakan dehidrasi (kekurangan air dalam badan) sekaligus membantu otot untuk memaksimumkan fungsi kerja di mana kekurangan air bakal meningkatkan risiko kecederaan otot.

7-Jika baru pulih dari kecederaan hamstring, jangan terburu-buru untuk melakukan aktiviti berat dan lasak sebaliknya mulakan dengan aktiviti ringan sebelum kembali beraksi di tahap maksima bagi mengeakkan kecederaan berulang.

**Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda.

Incoming search terms:

  • kecederaan hamstring
  • rawatan kecederaan hamstring
  • sakit hamstring
  • cara merawat hamstring
  • rawatan hamstring
  • kecederaan dalam sukan bola sepak
  • Apa itu hamstring
  • apa itu kecederaan hamstring
  • cara merawat kecederaan hamstring
  • apakah kecederaan hamstring
This entry was posted in Artikel and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply