[ANALISIS] PERSEMBAHAN GIROUD MASIH BOLEH DIBANGGAKAN

Olivier Giroud kembali menemui sentuhan golnya sekaligus menepis kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya dan membuktikan reputasinya selaku antara penyerang yang digeruni di Eropah. Penyerang baru Arsenal ini berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-94 meskipun hadir selaku pemain gantian pada minit ke-88 ketika membantu Perancis mengikat Sepanyol 1-1 di Vicente Calderon dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 Selasa lalu.

Ketibaan Olivier Giroud ke Arsenal dengan reputasi besar selaku penjaring terbanyak Ligue 1 musim 2011/12 bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang prolifik Arsenal, Robin van Persie yang menyertai Manchester United. Harapan tinggi yang diletakan oleh pengurusan dan peminat-peminat telah memberi tekanan kepada Giroud untuk menyerlah dalam perlawanan awal musim ini bersama Arsenal.

Penyerang kelahiran Caen, Perancis ini menyertai Arsenal pada 26 Jun 2012 dari Montpellier dengan yuran perpindahan bernilai £13.5 juta selepas cemerlang membantu skuad bimbingan Rene Girard menjulang kejuaraan Ligue 1 musim 2011/12. Namun, Giroud akhirnya berjaya menajringkan gol pertamanya selepas 7 perlawanan ketika menentang Coventry City dalam saingan Piala Capital One pada 26 September lalu.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris pula, Olivier Giroud berjaya menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal ketika menentang West Ham United 2 minggu lalu. Jaringan tersebut hadir selepas 303 minit beraksi, lebih awal berbanding dengan penyerang lagenda Arsenal, Thierry Henry yang meledakan gol pertamanya selepas 464 minit perlawanan.

Setakat ini, Olivier Giroud sudah menjaringkan 2 gol dan tampil selaku pemain Arsenal yang paling banyak melakukan assist sebanyak 4 kali selepas beraksi dlam 511 minit perlawanan. Sementara itu, Gervinho pula berjaya menjaringkan 5 gol dan 1 assist selepas 647 minit perlawanan manakala Lukas Podolski pula telah meledak 4 gol dan menghasilkan 2 assist dalam 686 minit perlawanan.

Selain itu, Olivier Giroud tampil pemain Arsenal kedua yang melakukan percubaan paling banyak dengan 18 percubaan sementara Santi Cazorla adalah pemain Arsenal paling banyak melakukan percubaan dengan 23 percubaan. Berdasarkan analisis, persembahan Giroud masih lagi boleh dibanggakan dan memerlukan sedikit masa lagi untuk melakukan peningkatan kembali ke prestasi sebenarnya.

Penyerang berketinggian 192 cm ini memiliki aerial duel yang bagus dan percubaan yang baik dan melakukan key passes yang baik. Giroud juga memiliki sentuhan penyudah yang bagus samada menerusi sepakan atau tandukan persis seperti bekas kapten Arsenal, Robin van Persie. Namun, tekanan yang besar hadapi oleh Giroud menyaksikan dirinya gagal untuk menyerlah pada perlawanan awal bersama Arsenal musim ini.

Kesimpulannya, kualiti yang dimiliki oleh Olivier Giroud sangat sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Pemain-pemain Arsenal seperti Thomas Vermaelen dan Laurent Koscielny serta lagenda The Gunners termasuk Ray Parlour dan Robert Pires yakin dengan kemampuan Olivier Giroud untuk menjadi pengempur utama Arsenal.

Secara keseluruhannya prestasi penyerang antarabangsa Perancis ini masih baik meskipun dalam proses penyesuaian diri dengan corak pemainan Arsenal dan persekitaran baru. Jika Robin van Persie memerlukan tempoh 8 musim sebelum menyerlah dan menjadi penjaring terbanyak Arsenal di usia 29 tahun, seharusnya peluang yang sama harus diberikan kepada Giroud untuk membuktikan kemampuannya. Semoga penyokong-penyokong Arsenal dapat bersabar dan realistik dengan situasi penyerang berusia 25 tahun ini. COYG.

This entry was posted in Informasi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply