[PERSPEKTIF] PER MERTESACKER BERJAYA MENYESUAIKAN DIRI – KOSCIELNY

Pertahanan Arsenal kelahiran Perancis itu kembali beraksi selepas disisihkan awal musim lalu kerana mengalami kecederaan namun masih bergelut untuk mencapai tahap kecergasan sebenar. Laurent Koscielny yang beraksi buat kali pertama dalam kesebelasan utama musim ini ketika menentang Manchester City dan turut menjaringkan gol penyamaan The Gunners pada minit ke-82.

Koscielny kini menjadi pilihan ketiga selepas Per Mertesacker dan Thomas Vermaelen menjadi pilihan utama untuk diturunkan dalam kesebelasan utama musim ini. Rakan sepasukan Koscielny, Per Mertesacker yang dikritik hebat musim lalu berjaya menampilkan aksi cemerlang bersama Arsenal musim ini.

“Saya fikir semua orang melihat dia (Mertesacker) lebih baik musim ini,” kata Koscielny baru-baru ini.

“Liga Inggeris adalah sangat sukar, sangat mencabar dan pemain baru kadang-kadang memerlukan masa yang singkat atau masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak ini.”

“Saya gembira dengan Per (Mertesacker) kerana dia adalah seorang pemain yang baik, sangat penting dalam bilik persalinan. Beliau seorang pelawak dalam pasukan. Saya gembira kerana beliau bermain dengan baik musim ini dan prestasi beliau baik untuk pasukan,” kata Koscielny lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply