[UCL] MONTPELLIER NYARIS KEJUTKAN ARSENAL

Juara Ligue 1 Perancis musim lalu, Montpellier nyaris mencipta kejutan sebelum akur tumpas 1-2 kepada Arsenal dalam aksi pembukaan kumpulan B saingan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi. Meskipun bergelut untuk kembali berada di prestasi terbaik dalam saingan tempatan, namun Montpellier tetap garang dalam pertemuan menentang Arsenal semalam.

Arsenal dikendalikan oleh Steve Bould ekoran pengantungan 3 perlawanan ke atas Arsene Wenger menurunkan kesebelasan utama. Mannone kembali mengalas tugas selaku penjaga gol Arsenal selepas Szczesny diketepikan kerana kecederaan. Vermaelen dan Mertesacker kekal mengemudi pertahanan tengah The Gunners dibantu oleh Jenkinson dan Gibbs. Abou Diaby kembali memperkuatkan pasukan bersama Cazorla dan Arteta mengemudi bahagian tengah. Sementara, Giroud kembali diturunkan ke dalam skuad utama bergandingan bersama Podolski dan Gervinho.

Pengendali Montpellier, Rene Girard pula tidak menghadapi masalah kecederaan dan menurunkan kesebelasan utama. Benteng terakhir montpellier dikawal oleh Geoffrey Jourdren sementara Hilton dan Mapou beraksi selaku pertahanan tengah bersama Garry Bocaly selaku bek kanan dan Henri Bedino di posisi bek kiri. Bahagian midifielder Montpellier dikuasai oleh Jamel Saihi, Remy Cabella, Anthony Mounier dan Marco Estrada manakala Younes Belhanda menjadi pengerak jentera serangan yang diterajui oleh Souleymane Camara.

Perlawanan rancak dengan aksi berbalas serangan kedua-dua pasukan. Namun, kesilapan Vermaelen menjatuhkan Younes Belhanda membolehkan Montpellier dianugerahkan sepakan penalti. Belhanda tenang menyempurnakan sepakan penalti itu menewaskan Vito Mannone apada minit ke-8 untuk gol pertama tuan rumah.

Arsenal kembali mengimbangi perlawanan apabila Lukas Podolski menjaringkan gol hasil umpanan Olivier Giroud apda minit ke-15. Arsenal terus mengasak kubu Montpellier dan berjaya memperolehi gol kedua menerusi Gervinho yang menyempurnakan hantaran lintang Carl Jenkinson pada minit ke-17. Percubaan dari Remy Cabella pada minit ke-33 berjaya diselamatkan oleh Mannone.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan bersemangat untuk menambah gol. Kesilapan Abodu Diaby pada minit ke-47 nyaris mengundang pada apabila kehilangan bola dalam kotak penalti namun percubaan Belhanda sedikit tersasar. Arsenal cemas seketika apabila sepakan lambung Cabella pada minit ke-55 dinafikan oleh palang tatkala penjaga gol sudah tertewas. Arsenal turut mengasak gawang Montpellier namun rembatan Cazorla pada minit ke-57 berjaya ditampan oleh penjaga gol Montpellier.

Belhanda sekali lagi nyaris menghukum kesilapan benteng pertahanan Arsenal namun rembatannya dalam kotak penalti pada minit ke-80 tepat ke dakapan Mannone. Diaby nyaris menghadiahkan sepakan penalti kedua buat Montpellier apabila mengasari Cabella dalam kotak penalti pada minit ke-90 namun pengadil meneruskan perlawanan. Kedudukan 1-2 kekal memihak kepada Arsenal sehingga wisel penamat ditiupkan.

ANALISIS PERLAWANAN

Ketiadaan Arsenal di tepi padang kerana menjalani hukuman pengantungan jelas menjejaskan rentak Arsenal. Pada separuh masa pertama dengan berjaya mengekang asakan-asakan berbahaya pemain Montpellier. Benteng pertahanan jelas diuji dengan hebat oleh jentera serangan Montpellier namun masih ampuh bertahan. Namun, Steve Bould perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki kepincangan benteng pertahanan untuk menghadapi Manchester City hujung minggu ini.

Abou Diaby jelas gagal mempamerkan persembahan terbaiknya dengan beberapa kali melakukan kesilapan yang hampir mengundang padah buat Arsenal. Giroud sekali lagi gagal menampilkan sentuhan ekoran dirantai hebat oleh bekas rakan-rakan sepasukannya. Abou Diaby sepatutnya dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-90 kerana menjatuhkan Cabella dalam kotak penalti. Sementara itu, Younes Belhanda jelas menjadi duri dalam daging buat pertahanan Arsenal bersama Cabella berjaya mengucar-kacirkan benteng Arsenal.

Penguasaan di bahagian tengah padang jelas seimbang namun Montpellier beberapa mengancam gawang Arsenal dan nyaris mendapatkan gol penyamaan. Benteng pertahanan Arsenal sedikit hilang fokus pada separuh masa kedua dan situasi ini jelas memakan diri. Pengalaman Arsenal yang berjaya beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 15 kali berturut-turut jelas menjadi aset yang membezakannya dengan Montpellier.

MAN OF THE MATCH : LUKAS PODOLSKI

STATISTIK PERLAWANAN

This entry was posted in Ulasan and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply