[UCL] ARSENAL BERSEDIA GEMPUR MONTPELLIER

Arsenal bakal bertandang ke Stade de Mosson untuk menentang Montpellier awal pagi nanti dengan misi memburu tiga mata berharga selepas dengan kejayaan membelasah Southampton 6-1 Sabtu lalu. Sementara itu, Montpellier gagal mengulangi kejayaan menjulang kejuaraan Ligue 1 musim lalu apabila berada di kedudukan ke-16  selepas 5 perlawanan setakat ini. Arsene Wenger bakal menjalani hukuman pengantungan 3 perlawanan selepas didapati bersalah mengkritik pengadil, Damir Skomina musim lalu.

Steve Bould bakal mengambil alih tugas Wenger ditepi padang bakal kembali lega apabila mendapat kembali khidmat pemain tengah, Abou Diaby dan pemain pertahanan, Laurent Koscielny yang direhatkan hujung minggu lalu. Namun, penjaga gol utama Wojciech Szczesny yang mengalami kecederaan buku lali terpaksa diketepikan. Sementara itu, Olivier Giroud bakal kembali beraksi untuk bertemu bekas pasukannya musim lalu selepas pulih dari kecederaan minggu lalu.

Vito Mannone sekali menjadi pilihan untuk mengawal benteng Arsenal selepas Szczesny mengalami kecederaan Sabtu lalu dan disisihkan untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi nanti. Thomas Vermaelen dan Laurent Koscielny bakal bergandingan selaku pertahanan tengah dengan Carl Jenkinson serta Kieran Gibbs bakal beraksi di posisi bek kanan dan bek kiri.

Santi Cazorla pula bakal bergandingan bersama Abou Diaby dan Mikel Arteta di bahagian tengah sementara Lukas Podolski sekali lagi bakal beraksi selaku center foward dengan dibantu oleh Gervinho dan Oxlade-Chamberlain. Arsenal berdepan tugas sukar untuk menjaringkan berhadapan dengan pasukan yang memiliki pertahanan kental serta sokongan padu penyokong-penyokong tempatan.

Sementara itu, pengurus Montpellier, Rene Girard dijangka akan menurunkan kesebelasan terbaik selepas mendapat kembali khidmat Mapou Yanga-Mbiwa dan Remy Cabella ysng direhat pada perlawanan hujung minggu lalu. John Utaka bakal terlepas aksi menentang Arsenal bersama bek kiri, Henri Bedimo yang berada dalam keraguan. Aksi menari pastinya akan dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dalam aksi pembukaan kumpulan B awal pagi nanti.

BARISAN KEMUNGKINAN

Venue : Stade de Mosson, Montpellier

Ramalan : Montpellier (0) vs Arsenal (2)

Pengadil : Carlos Velasco Carballo

FAKTA MENARIK

  • Musim ini merupakan penampilan ke-15 berturut Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah hanya dibelakang Manchester United (17) dan Real Madrid (16).
  • Montpellier merupakan antara 3 pasukan yang melakukan debut dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini bersama-sama Malaga dan Nordsj√¶lland.
  • Arsenal berjaya melepasi perlawanan peringkat kumpulan dalam 9 musim terakhir saingan Liga Juara-Juara Eropah.
  • Montpellier hanya pernah sekali beraksi menentang kelab Inggeris pada saingan Piala Juara 1991dengan tumpas di tangan Manchester United 3-1.
  • Arsenal tidak pernah kalah dalam perlawanan di Perancis dengan memenangi 5 perlawanan dan 4 seri.
  • Montpellier tidak pernah memenangi 4 perlawanan terakhir di tempat sendiri dalam kejohanan Eropah ( 2 seri dan 2 kalah).
  • Olivier Giroud menjaringkan 21 gol bersama Montepellier musim lalu dengan turut merangkul anugerah Kasut Emas Ligue 1 2011/12.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply