[PRESPEKTIF] PRESTASI JENKINSON KIAN MENINGKAT SABAN MINGGU

Thomas Vermaelen mengalu-alukan peningkatan prestasi yang dipamerkan oleh bek kanan Arsenal, Car Jenkinson. Pemain muda berusia 21 tahun ini menyertai Arsenal tahun lalu dari Charlton Athletic di mana sempat beraksi dalam 8 penampilan bersama The Addicks. Musim ini, Jenkinson mula mencuri tumpuan peminat-peminat Arsenal apabila mempamerkan persembahan mantap sekaligus mendapat pujian daripada kapten Arsenal, Thomas Vermaelen.

“Carl (Jenkinson) bermain baik sekali lagi Ahad lalu (ketika menentang Manchester City),” kata Vermalen kepada program rasmi Matchday EPL.

“Ia sangat penting bagi pemain-pemain untuk kekal meningkat – tiada yang lebih buruk melainkan prestasi yang tidak meningkat. Dan nyata Carl telah melakukan langkahan penting setiap minggu.”

“Dia bermain dengan baik dan lebih baik dan kami mengalu-alukan.”

Sementara itu, Laurent Koscielny dan Aaron Ramsey kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama   buat pertama kali musim ini dalam perlawanan penting menentang Manchester City hujung minggu lalu dan Vermalen turut memuju persembahan yang dipamerkan oleh kedua-dua rakan sepasukannya itu.

“Laurent (Koscielny) menjaringkan gol yang cantik dan bermain dengan baik. Dia pemain yang hebat dan meskipun sekadar memanaskan bangku simpanan beberapa perlawanan lalu,” kata pertahanan tengah Arsenal berusia 26 tahun itu.

“Kami memerlukan pemain yang mampu mengisi setiap kekosongan di bahagian pertahanan dan Laurent merupakan pemain penting kami musim lalu. Jika dia tidak bermain kami mungkin tidak mampu melakukan dengan baik (musim lalu).”

“Begitu juga dengan Aaron (Ramsey) yang kembali beraksi dengan baik sekali. Kita boleh lihat dia memliki kekuatan stamina setiap perlawanan dan prestasinya kian meningkat. Kami melihat kualiti yang dimiliki olehnya dan dia merupakan sebahagian daripada skuad ini,” kata Vermalen lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply