[PIALA SCTV] HARIMAU MUDA KECEWAKAN GARUDA MUDA

Malaysia terus membuktikan reputasi selaku juara Asia Tenggara ini apabila merobek ego skuad Sang Garuda di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam dalam aksi Piala SCTV. Skuad Harimau Muda (B-22) berjaya memperolehi kemenangan menerusi jaringan tunggal K.Rubben pada minit ke-44 menewaskan Indonesia B-22 dalam saingan Piala SCTV sempena ulang tahun yang ke-22 stesyen televisyen popular di Indonesia.

Indonesia B-22 turun tanpa Andik Vermansyah yang terbang ke Amerika Syarikat. Lebih menyedihkan, skuad kendalian Aji Santoso itu juga dicemuh lebih 5,000 penyokong sendiri, jumlah yang jauh lebih sedikit berbanding 100,000 penyokong Garuda yang memenuhi stadium yang sama ketika kempunan merampas pingat emas temasya Sukan SEA daripada skuad muda negara tahun lalu.

Perlawanan bermula agak perlahan pada mulanya dengan satu percubaan oleh Wan Zaharulnizam melalui sepakan percuma tetapi tersasar. Harimau Muda yang turun dengan beberapa pemain tambahan seperti Nik Shahrul dari Kelantan dan K.Reuben dari ATM itu tampak serasi dan mudah menyesuaikan diri.

Namun, kesilapan mudah penjaga gol Harimau Muda, Ahmad Izham Tarmizi Roslan yang beberapa kali dilihat gagal mengawal kemas bola pada pertengahan babak pertama gagal dimanfaatkan rangkaian penyerang tuan rumah yang diterajui kapten, Fasta Biqul dan Hendra Bajaw.

Malaysia akhirnya berjaya memanfaatkan kelengahan pertahanan Garuda Muda di minit ke-42 apabila rembatan kencang kaki kanan K. Reuben dari luar kotak penat enal terus menerjah gawang meskipun penjaga gol gol, Aji Saka cuba menghalang.

Bersambung babak kedua, Harimau Muda sepatutnya selesa mendahului 3-0 namun dua gol ledakan Ahmad Hazwan Bakri dan Ferris Danial pada minit ke-48 dan 56 dibatalkan pengadil, Faulur Rosi kerana ofsaid.

Peluang terbaik Indonesia menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-58 namun percubaan Hendra yang hanya berdepan Ahmad Izham dilihat jauh tersasar. Meskipun Indonesia cuba mengasak namun Malaysia ampuh bertahan sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil, Faulur Rossi sekaligus memberi kemenangan 1-0 kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee.

Perlawanan tersebut merupakan aksi tunggal Harimau Muda dalam kejohanan jempunan itu sementara satu lagi aksi membabitkan pertembungan antara skuad Senior Indonesia dengan Korea Utara yang turut bakal berlangsung malam tadi.

Ia merupakan aksi tunggal skuad kendalian Ong Kim Swee dalam kejohanan jemputan itu dan satu lagi aksi membabitkan pertembungan skuad senior Indonesia dan Korea Utara bakal berlangsung di stadium yang sama malam ini.

Kim Swee berkata, skuadnya kini kembali menumpukan fokus dalam Liga Singapura (Liga S) apabila dijadualkan menentang pasukan di tangga kelima liga, Home United di Stadium Yishun, Singapura Sabtu ini.

Kesibukan jadual mereka katanya, tidak berakhir di situ apabila bakal menyertai satu lagi kejohanan jemputan iaitu Newspaper Cup di Hanoi, Vietnam pada Oktober depan.

“Jadual kami kembali padat apabila terpaksa ‘terbang’ ke sana ke mari setiap hujung minggu, jadi saya harap pemain dapat mengekalkan prestasi masing-masing serta bebas daripada kecederaan,” kata Ong Kim Swee.

Selepas menentang Home United, Harimau Muda yang kini di tangga keempat Liga S dengan 32 mata selepas 17 perlawanan akan berkunjung ke Stadium Woodlands berdepan Woodlands Wellington pada 22 September depan sebelum melayan kunjungan Balestier Khalsa (27 September) dan Gombak United (30 September) di Stadium Yishun.

SENARAI PEMAIN

Indonesia U-22 : Aji Saka, Hendri Aprilianto (Achmad Faris-72”), Fasta Biqul, Agus Nova, Syaiful Indra; Syahroni, Rasyid Akbar, Hendra Bayauw, Yoseph Ostanika (Kim Jeffrey-63”); Riyanto, Agung Supriyanto.

Malaysia U-22: Izham Tarmizi, K. Reuben, Nik Mohd Shahrul Azim, Sahrul Mohd Saad, Nazirul Naim; Saavindran, Mohd Irfan Fazail, Wan Zaharul Nizam (Syahrul Azwari-64”), Saiful Ridjuan; Thamil Arasu, Ahmad Nazwan (Azzizan Nordin-86”)

This entry was posted in Perlawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply