[PERSPEKTIF] WALCOTT MASIH MERINDUI ROBIN VAN PERSIE

Di sebalik persembahan mantap yang ditampilkan oleh Arsenal awal musim ini, namun pemain sayap Arsenal tidak dapat menyembunyikan hakikat bahwa dirinya masih merindui bekas penyerang Arsenal, Robin van Persie yang meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lalu. Robin van Persie menyertai Manchester United dengan yuran perpindahan £24 juta setelah menyambung kontrak bersama The Gunners.

Penyerang antarabangsa Belanda itu telah menjaringkan 37 gol dalam 48 perlawanan dalam semua kejohanan musim lalu dan turut merangkul pelbagai anugerah antaranya Pemain Terbaik PFA 2011/12, Pemain Terbaik FWA 2011/12, dan Penjaring Terbanyak Liga Perdana Inggeris 2011/112.

Musim lalu, Walcott tampil selaku pemain yang paling bayak melakukan assist kepada Robin van Persie dengan 8 assist sekaligus membentuk gandingan mantap yang membantu Arsenal menamatkan saingan liga di kedudukan ke-3 selepas Manchester City dan Manchester United. Hubungan yang rapat antara mereka menyaksikan Walcott masih merasai kehilangan bekas penyerang prolifik Arsenal itu.

“Saya masih merindui pemain terbaik kami dan dia merupakan seorang pemain yang hebat sangat professional,” kata Walcott baru-baru ini.

“Saya berharap agar dia berjaya bersama kelab barunya, Manchester United. Dia sentiasa memerhatikan saya dan sering membela saya sebelum ini.”

“Saya benar-benar merinduinya tetapi saya harus menghadapinya dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya,” kata pemain antarabangsa England itu lagi.

Theo Walcott turut mengakui kehadiran penyerang baru Arsenal, Olivier Giroud belum mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Robin van Persie setakat ini terutama dari segi sentuhan penyudah. Sehingga kini, Robin van Persie sudah menjaringkan 5 gol dalam 6 perlawanan bersama Manchester United.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply