[PERSPEKTIF] VITO MANNONE SEDIA CABAR KEDUDUKAN PENJAGA GOL NO.1 ARSENAL

Penjaga gol kelahiran Itali, Vito Mannone kini bersedia mencabar kedudukan perjaga gol no.1 Arsenal dari Wojciech Szczesny setelah cemerlang mengharungi tempoh pinjaman bersama Hull City musim lalu. Kecederaan Szczesny pada hujung Ogos lalu menyaksikan Mannone diberi tugas mengawal gawang Arsenal dalam aksi menentang Stoke City dan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebelum Szczesny kembali merampas posisi penjaga no.1 Arsenal ketika The Gunners membelasah Southampton hujung minggu lalu.

Namun, Mannone kembali mengalas cabaran selaku penjaga gol no.1 Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menentang juara Ligue 1, Montpellier Selasa lalu selepas Szczesny kembali disisihkan kerana mengalami kecederaan buku lali.

“Sebelum perlawanan menetang Southampton, pengurus bercakap kepada saya dan buat pertama kali saya merasakan bahawa saya bersedia untuk menjadi penjaga gol no.1 Arsenal,” kata Vito Mannone.

“Setiap penjaga gol mempunyai perjalanan karier yang tersendiri dan begitu juga saya. Saya menghadapi detik sukar di mana saya terpaksa berkerja keras untuk kembali. Dan saya mengambil keputusan untuk menyertai Hull City.”

“Tiada sesiapa yang mahu meninggalkan (Arsenal) tetapi saya menemui sebuak kelab yang baik, penyokong yang bagus dan saya mendapat pengalaman.”

“Saya bermain selaku penjaga gol no.1 dalam 24 perlawanan dan itu yang saya perlukan. Ia sangat membantu saya bersedia di atas padang. Kini, saya sudah bersedia menjadi penjaga gol no.1.”

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger turut kagus dengan persembahan mantap yang ditampilkan oleh Mannone dan berharap agar penjaga gol berusia 24 tahun itu agar meningkatkan kekuatan mental dan besedia merampas kedudukan penjaga gol no.1.

Musim lalu, Mannone menghabiskan tempoh pinjaman selasa 5 bulan bersama Hull City pada Januari lalu. Penjga gol muda Arsenal ini berjaya meleburkan rekod 104 tahun Hull City selepas merekodkan rekod tanpa bolos dalam 6 perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Kejuaraan.

Setakai ini, Mannone cuma melepaskan 1 gol daripada 3 perlawanan ketika Arsenal menewaskan Montpellier 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa lalu.

“Pengurus tahu saya memiliki pengalaman dan bersedia untuk bermain dan saya berjaya membuktikan dalam 3 perlawanan setakat ini.”

“Kami mengharungi perlawanan sukar menentang Stoke City dan Liverpool begitu juga Montpellier dalam saingan Eropah di mana anda boleh lihat kami bekerja keras sehingga ke penghujung perlawanan.”

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply