[PERSPEKTIF] TONY ADAMS MASIH BIMBANG DENGAN PERTAHANAN ARSENAL

Meskipun berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 4 perlawanan dan cuma melepaskan 1 gol setakat ini namun bekas pertahanan Arsenal, Tony Adams mengakui Arsene Wenger masih perlu melakukan sesuatu untuk memantapkan barisan pertahanan jika mahu The Gunners menjulang kejuaraan musim ini. Tony Adams berjaya memenangi 10 kejuaraan bersama Arsenal di mana 9 daripadanya menjulang sebagai kapten .

Kata-kata bekas kapten Arsenal itu ada asasnya dan tidak boleh dinafikan lagi di mana gandingan mantap pertahanan mampu membawa The Gunners menjulang kejuaraan. Pada 1991, di bawah kendalian George Graham berjaya membentuk barisan pertahanan yang mantap dengan melepaskan 18 gol  sementara pada musim 1999 kami cuba dibolosi 17 kali ketika dibimbing oleh Arsene Wenger.

Tony Adams turut mengakui corak permainan Liga Perdana Inggeris sudah berubah dengan corak permainan yang lebih terbuka sebagaimana musim lalu kami melepaskan 49 gol. Bekas pertahanan Arsenal itu gagal untuk menyakinkan Arsene Wenger untuk mengubah corak serangan pasukannya.

“Mereka (Arsenal) bukan sebuah pasukan yang bertahan,” kata Adams lagi.

“Masalah yang dapat saya kenal pasti sejak 7 musim yang lalu kegagalan untuk bertahan sebagai sebuah pasukan – daripada penjaga gol kepada gandingan 4 pemain pertahanan serta pemain tengah yang mantap.”

“Saya tidak merasa Wenger akan melakukan corak bertahan seperti Chelsea yang berjaya menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu dan saya rasa Wenger tidak akan melakukannya.”

“Saya tidak mahu mengenepikan keupayaan pemain-pemain di mana mereka sememangnya pemain-pemain yang hebat. Tetapi mereka perlu berkerja keras dan dan melakukan yang terbaik setiap masa. Ia pastinya satu cabaran sebenar pada aksi Sabtu ini (menentang Man City.)”

“Tahun demi tahun kita menyaksikan barisan pertahanan terbaik berjaya menjulang kejuaraan liga, jadi kami  faham mengapa saya mahukan Arsenal lebih fokus kepada barisan pertahanan.”

Arsenal's Koscielny and Mertesacker tackle Borussia Dortmund's Lewandowski during their Champions League Group F soccer match in Dortmund“Ia mengenai saingan Eropah. Saya sudah menyatakan kepada Arsene Wenger untuk menjadikan pertahanan tengah seperti seorang pemain sayap. Pasukan ini berjaya menyerlah di Emirates dan Wenger mengakuinya.”

“Saya rasa dia sudah mengenal pasti masalah sebenar dan sehingga dia melakukan yang terbaik,” kata bekas pertahanan terbaik Arsenal sepanjang zaman.

Kehadiran juga bekas tonggak pertahanan The Gunners, Steve Bould sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi corak permainan Arsenal sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Tony Adams turut optimis dengan keupayaan bekas rakan seperjuangan dalam pasukan Arsenal suatu ketika dahulu untuk mengukuhkan barisan pertahanan dengan falsafah tidak mahu dibolosi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply