[PERSPEKTIF] SAYA TIDAK KESAH BERMAIN MANA – NICO YENNARIS

Pemain muda Arsenal, Nico Yennaris mengakui dirinya tidak kesah beraksi di mana-mana posisi selagi diberi peluang untuk bermain dalam skuad utama Arsenal. Pemain berusia 19 tahun ini mendapat debut bersama skuad utama Arsenal menentang Manchester United musim lalu selaku pemain bek kanan tetapi dia telah diletakkan selaku pemain central midfielder ketika membantu kemenangan 6-1 ke atas Coventry City kelmarin.

Pemain muda versetail ini menghabiskan sebahagian besar kariernya selaku pemain tengah namun gembira tatkala diberi peluang untuk beraksi dipelbagai posisi.

“Saya tidak kesah beraksi selaku pemain bek kanan atau pemain tengah asalkan saya dapat peluang untuk bermain dalam skuad Arsenal,” kata Nico Yennaris kepada Arsenal Player.

“Jelasnya, saya sangat gembira beraksi dalam skuad utama Arsenal sejak musim lalu. Dan saya mendapat peluang sekali lagi menentang Coventry di mana saya melakukan yang terbaik.”

“Sebagaimana yang diketahui, kami memiliki skuad yang besar tahun ini dan (Piala Capital One) merupakan peluang terbaik buat pemain-pemain muda seperti saya untuk membuktikan kemampuan kami,” kata Yennaris lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply