[PERSPEKTIF] SAYA BUKAN PENGANTI ALEX SONG – ABOU DIABY

Pemain tengah Arsenal, Abou Diaby menegaskan dia bermain bukan sebagai penganti Alex Song dalam skuad Gunners sebaliknya mendakwa dirinya bermain seperti Yaya Toure. Diaby disenaraikan dalam kesebelasan utama Arsenal dalam 3 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini. Pemain tengah berusia 26 tahun itu cemerlang mengemudi bahagian tengah bersama Mikel Arteta ketika Arsenal menundukkan Liverpool 2-0 di Anfield hujung minggu lalu.

Meskipun disebut-sebut sebagai penganti kepada Alex Song yang dijual ke Barcelona dengan bayaran perpindahan bernilai £15 juta pertengahan bulan lalu namun Diaby menegaskan bahawa Yaya Toure adalah perbandingan yang lebih tepat.

“Dalam pasukan kami, Yaya Toure dan saya mempunyai peranan yang sangat serupa,” katanya.

“Saya tidak seperti Alex Song. Kami mempunyai ramai pemain yang boleh mengambil alih tempat beliau seperti Francis Coquelin atau Mikel Arteta. Dan saya lebih suka bermain ke hadapan. Itulah saya.”

“Saya mampu bertahan dengan baik sebagaimana yang diharapkan untuk membentuk gandingan mantap bersama pertahanan dan apabila kami mendapat bola saya akan bergerak ke hadapan.”

Abou Diaby menyertai Arsenal dari kelab Perancis, Auxerre pada 13 Januari 2006 dengan bayaran perpindahan dianggarkan bernilai £2 juta ketika berusia 20 tahun. Namun, aksi Diaby sering diketepikan lantaran dibelenggu masalah kecederaan menyaksikan Diaby gagal mempamerkan prestasi sebenar.

“Saya berterima kasih kepada pengurus kerana memberi sokongan yang besar kepada saya dan bagi seorang pemain sokongan sangat-sangat penting bagi kami.”

“Begitu juga dengan sokongan yang baik dari rakan-rakan sepasukan. Apa yang boleh saya katakan, mereka banyak membantu proses pemulihan saya.”

“Saya mahu menikmati perlawanan di sini kerana saya sangat sukakan bola sepak dan mahu membalas kepercayaan daripada kelab, pengurus dan rakan sepasukan,” kata Diaby lagi.

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.