[PERSPEKTIF] SAYA BERSEDIA MEREBUT PELUANG – CRAIG EASTMOND

Pemain muda Arsenal, Craig Eastmond yakin keupayaannya untuk menjadi pemain gantian yang baik dan bersedia untuk memecah tembok diserapkan ke dalam skuad utama Arsenal musim ini. Pemain berusia 21 tahun ini beraksi di posisi ‘defensive midfielder’ disenaraikan dalam siri jelajah pra-musim di Asia Julai lalu turut diberi peranan baru beraksi selaku pemain pertahanan tengah ketika beraksi menentang Malaysia XI dan Kitchee FC.

Eastmond beraksi bek kanan ketika membantu menjulang kejuaran Piala FA Remaja 2009 dan dia berasa gembira diberi peluang untuk beraksi di pelbagai posisi sekaligus akan meningkatkan peluang melakukan kemunculan dalam skuad utama.

“Saya pernah beraksi selaku pemain bek kanan semasa remaja sebelum jurulatih menukarkan saya beraksi selaku pemain tengah bertahan kerana dia mengatakan saya lebih sesuai beraksi di posisi ini,” beritahu Eastmond kepada Arsenal.com ketika ditemubual selepas membantu kemenangan Arsenal B-21 ke atas Everton Isnin lalu.

“Ia sesuatu yang bagus apabila beraksi di pelbagai posisi kerana jika berlaku kecederaan dan saya akan mendapat peluang untuk turun beraksi.”

“Saya sentiasa yakin dan bersedia untuk merebut peluang dengan tangan terbuka jika diberi peluang oleh pengurus.”

Eastmond gembira menghabiskan tempoh pinjaman bersama Wycombe Wanderers musim lalu dan dan bersedia untuk meninggalkan Stadium Emirates untuk sementara waktu jika tidak mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal.

“Saya meninggalkan Arsenal secara pinjaman dan kembali pada musim ini. Kini saya berharap untuk memecah masuk ke dalam skuad utama. Jika tidak, saya bersedia meninggalkan Arsenal secara pinjaman untuk membuktikan kepada pengurus bahawa saya bersedia merebut peluang,” kata pemain berusia 21 tahun ini.

“Bersama Wycombe merupakan satu pengalaman yang bagus kerana dapat beraksi setiap minggu. Saya gembira bermain di sini dan membuktikan kemapuan saya. Saya mahu beraksi di peringkat tertinggi dan beraksi menjulang kejuaraan mungkin kejuaraan Liga Perdana Inggeris.”

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply