[PERSPEKTIF] PRESTASI SAYA KIAN MENINGKAT SETIAP PERLAWANAN – VITO MANNONE

Penjaga gol muda Arsenal, Vito Mannone percaya prestasinya meningkat setiap kali turun beraksi tahun ini dan akan terus  berusaha mempamerkan persembahan yang mantap. Penjaga gol kelahiran Itali itu berjaya menampilkan persembahan yang memikat ketika diturunkan mengantikan Wojciech Szczesny yang mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang Stoke City dan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan mengekalkan rekod tanpa bolos setakat ini.

Musim lalu, Vito Mannone cemerlang sepanjang tempoh pinjaman bersama Hull City termasuk memecahkan rekod kelab apabila menampilkan aksi konsisten tanpa bolos dalam 6 perlawanan sekaligus melupakan kekecewaan apabila melakukan kesilapan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menentang Olympiakos pada Disember tahun lalu.

Penjaga gol berusia 24 tahun itu kini lebih yakin dan bersedia untuk merebut tempat dalam skuad Arsene Wenger musim ini.

“Saya rasa prestasi saya semakin meningkat setiap kali turun beraksi,” kata Vito Mannone kepada Arsenal.com

“Dalam pemikiran saya, saya kembali kuat dan bertambah kuat (sejak tempoh pinjaman bersama Hull City) terutamanya selepas melakukan kesilapan semasa perlawanan menentang Olympiakos. Ia tidak mudah untuk kembali dan apabila saya berjaya mengatasinya di mana saya semakin yakin. Saya mahu melupakannya dan berusaha kuat kerana saya tahu saya mampu melakukannya.”

“Ini merupakan satu persaingan yang bagus untuk penjaga gol kerana kami tahu pada peringkat ini situasi semakin sukar di mana kamu perlu berusaha gigih dan meningkatkan prestasi untuk mendapat kedudukan penjaga gol no.1.”

Mannonne kini berusia 24 tahun memikirkan kedudukan dalam skuad utama Arsenal selapas bersama sejak 7 musim yang lalu dari Atalanta. Selaku penjaga gol, Mannone perlu beraksi setiap perlawanan untuk mengekalkan prestasinya.

“Perkara yang paling penting bagi seorang penjaga gol ialah untuk setiasa bermain. Setiap perlawanan memunyai kesukaran dan cabaran berbeza dana apabila kamu tidak bermain kamu akan kehilangan pengalaman, tumpuan dan kawalan permainan. Jadi, apabila berada di atas padang ia menjadi sukar.”

“Saya mengharungi pengalaman hebat (bersama Arsenal). Saya merasakan semakin matang meskipun baru berusia 24 tahun. Saya mengenali tempat dan orang-orang di sini  dan saya sangat gembira dengan kehidupan saya. Saya mahu terlibat lebih lagi dan meningkatkan prestasi saya.”

Penjaga gol kelahiran Itali itu mengakui pengalaman bersama Hull City dalam Liga Kejuaraan musim lalu banyak membantu prestasinya. Mannone berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 9 perlawanan daripada 11 kemunculan bersama Hull City sepanjang tempoh pinjaman Januari lalu. Kini penjaga gol itu bersedia untuk bersaing mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal.

“Apabila mejadi penjaga no.1, saya merasakan saya adalah insan yang paling gembira di dunia. Satu perasaan yang sukar digambarkan setiap kali diberi peluang beraksi di atas padang.”

“Saya biasa dengan keadaan di sana kerana pernah beraksi pada musim 2011/11. Saya menemui bekas rakan-rakan sepasukan dan pengurus yang baik (Nick Barmby) yang melatih saya dengan baik.

“Pertahanan Hull City sangat baik dan kami beraksi bersama serta cuba untuk memberi persembahan yang baik di atas padang,” kata Mannone lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply