[PERSPEKTIF] PERTAHANAN KAMI TIDAK BERADA PADA TAHAP SEBENAR – WENGER

Arsene Wenger gagal meraih kemenangan ke-350 bersama Arsenal sempena ulang tahun ke-16 bersama The Gunners. Pengurus Arsenal berusia 62 tahun itu mengakui kegagalan benteng pertahanan beraksi pada tahap sebenar menjadi faktor utama kekalahan 1-2 kepada Chelsea malam ini. Namun, pengurus Arsenal kekal positif dengan kemampuan skuad Arsenal kini dan bersedia untuk bangkit dari kekalahan malam ini.

“Kami beraksi menentang pasukan yang baik tetapi kami memberikan mereka kemenangan di tempat lawan. Mereka (Chelsea) memiliki 3 percubaan tepat dan dua daripadanya menghasilkan gol menerusi set-piece,” kata Arsene Wenger ketika ditemubual sejurus selepas tamat perlawanan.

“Pertahanan kami tidak beraksi pada tahap sebenar seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini di mana kami menerima hukuman hari ini. Bagaimanapun, kami mempamerkan kualiti dan semangat tetapi kami perlu menyerlahkan lagi personaliti dan penguasaan di atas padang.”

“Keputusan untuk tidak menurunkan (Per) Mertesacker bergantung kepada lawan yang kami hadapi. Anda mungkin mengatakan ini adalah keputusan yang salah tetapi saya tidak meragui kualiti pemain pertahanan kami dia mereka merupakan pemain skuad kebangsaan negara masing-masing.”

“Anda mungkin akan bertanyakan soalan yang sama jika kami tidak menurunkan Koscielny atau Vermaelen dan kami gagal memenangi perlawanan malam ini”

Wenger mengakui kesilapan pertahanan Arsenal yang tidak menghalang bola sepakan percuma Juan Mata yang menyaksikan Fernando Torres menjaringkan gol pertama Chelsea.

“Apa yang boleh saya katakan, kamu tidak boleh mengharap kami tidak bolos menerusi dua set-piece. Kami perlu realistik di mana kami beraksi dalam dua perlawanan dalam seminggu dan ia sangat sukar.”

“Setiap kali beraksi menentang pasukan utama kami hanya memiliki 65% untuk menang. Dan kami kembali dari perlawanan sukar hujung minggu lalu dan melepaskan gol lagi minggu ini.

“Tidak mustahil untuk kami menanggung risiko dan berfikiran terbuka. Kami beraksi menentang pasukan yang memiliki pemain-pemain yang bagus dan mereka menyerang kami menerusi serangan balas pantas. Itu yang kami gagal untuk mengatasinya.”

Arsene Wenger turut memuji persembahan penyerang baru Arsenal, Olivier Giroud yang memiliki peluang untuk menjaringkan gol penyamaan namun gagal menyempurnakannya.

“Itu merupakan peluang terbaik tetapi (Petr) Cech beraksi dengan baik menafikan percubaan kami. Dia (Giroud) beraksi dengan cemerlang,” kata Arsene Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply