[PERSPEKTIF] PENGALAMAN OLIMPIK BERMAKNA BAGI SAYA – RAMSEY

Aaron Ramsey mengakui pengalaman beraksi bersama Great Britain dalam Sukan Olimpik London akan terus segar diingatannya. Pemain tengah berusia 21 tahun itu merupakan sebahagian skuad Great Britain yang berjaya mara ke suku akhir sebelum tumpas dalam penentuan sepakan penalti kepada Korea Selatan di temasya Sukan Olimpik London 2012.

Di sebalik kekecewaan itu, pemain kelahiran Wales ini nyata sangat gembira sepanjang kejohanan.

“Ia merupakan satu pengalaman yang hebat bagi saya. Ia sangat bagus dapat bermain sepanjang kejohanan di mana saya belum pernah merasainya,” kata Ramsey kepada Arsenal Player.

“Kami sangat kecewa apabila ditunjukkan jalan keluar selepas tewas dalam penentuan sepakan penalti.”

“Secara keseluruhannya, satu pengalaman yang hebat dan bersama atlet-atlet terkemuka dunia. Pengalaman ini akan kekal sepanjang hidup saya.”

Ramsey turut teruja untuk bersaing dalam kejohanan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Wales dan berharap dapat menimba pengalaman berguna buat dirinya.

“Ia merupakan pengalaman berbeza (beraksi bersama Wales). Jelasnya Wales belum pernah mara dalam mana-mana kejohanan utama.”

“Pengalaman sepanjang kejohanan sangat berbeza. Salah satu perkara penting ialah bagaimana untuk menguruskan diri sepanjang kejohanan.”

“Semoga Wales dapat melakukannya suatu hari nanti dan kami mampu layak ke dalam kejohanan. terdapat beberapa pemain-pemain Wales berbakat besar di mana siapa tahu kami mungkin mampu melakukannya,” kata Ramsey lagi yang juga merupakan kapten skuad kebangsaan Wales.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply