[PERSPEKTIF] PELUANG SENTIASA ADA JIKA MEREKA MEMILIKI KUALITI SEBENAR – TERRY BURTON

Jendela perpindahan musim panas 2012 dilabuh secara rasminya pagi tadi dengan menyaksikan beberapa pemain muda berbakat besar telah meninggalkan Arsenal antaranya Henri Lansbury, Kyle Bartley, Oğuzhan Özyakup, Pedro Botelho, Gavin Hoyte, dan Tom Cruise. Timbul pelbagai persoalan dan spekulasi mengenai tindakan Arsenal melepaskan pemain-pemain muda berbakat kepada kelab luar secara tetap.

Situasi ini turut diakui oleh ketua jurulatih pembangunan remaja Arsenal, Terry Burton mengenai kesukaran pemain-pemain muda berbakat di Arsenal untuk diserapkan ke dalam skuad utama sejak beberapa musim kebelakangan ini menyebabkan mereka mencari jalan keluar dari Stadium Emirates.

Jurulatih berusia 59 tahun itu pernah membimbing skuad remaja Arsenal pada penghujung 1970-an hingga awal 1980-an berjaya melahirkan beberapa pemain hebat untuk Arsenal antaranya Tony Adams, Martin Keown, David Rocastle, Michael Thomas dan Paul Merson.

Terry Burton mengakui situasi bola sepak moden kini jauh berbeza dengan pemain muda menghadapi kesukaran untuk mendapat peluang beraksi di pentas utama. Namun, Burton percaya peluang masih ada untuk pemain-pemain muda berbakat untuk bersaing mendapatkan tempat dalam skuad utama.

“Pastinya, situasi kini lebih sukar,” kata Terry Burton kepada laman web rasmi Arsenal baru-baru ini.

“Prinsipnya masih sama, jika mereka memiliki kualiti, mereka bakal mendapat tempat.”

“Kini anda boleh melihat pemain-pemain berkualiti serta keupayaan bermain bersama kelab-kelab dalam liga utama di seluruh dunia dan ia akan menjadikan pemain-pemain muda semakin sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama.”

“Tetapi prinsipnya masih sama jika mereka memiliki kualiti, mereka bakal mempunyai peluang, pastinya di kelab-kelab seperti Arsenal.”

Burton mengakui dirinya sudah menuai hasil pemain-pemain yang pernah dibimbing olehnya apabila mereka berjaya mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal.

“Mereka mengharung detik-detik hebat bersama Arsenal dengan menjulang pelbagai kejuaraan. Antara nama-nama besar yang mengisi skuad utama Arsenal seperti Tony Adam, Martin Keown, David Rocastle, Mickey Thomas, Paul Merson, dan Niall Quinn.”

“Terdapat juga nama-nama seperti Martin Hayes, Raphael Meade, Danny O’shea, dan John Kay. Mereka juga sebahagian daripada produk kelahiran Arsenal namun gagal mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal namun pernah beraksi 10 hingga 20 perlawanan bersama Arsenal.”

“Ya, ia memang luar biasa. namun ia melalui proses pemilihan yang baik dan sistem kejurulatihan yang bagus dimana jalan ini masih digunakan sehingga kini,” kata jurulatih berusia 59 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply