[PERSPEKTIF] OLIVIER GIROUD PERLU LEBIH TENANG

Disebalik kemarau gol yang dihadapi oleh penyerang baru Arsenal, Olivier Giroud selepas tiga perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini Giroud mengakui dirinya gugup setiap kali berada di hadapan gol untuk Arsenal. Penyerang antarabangsa Perancis itu  melengkapkan perpindahan dari kelab Ligue 1, Montpellier ke Arsenal pada 26 Jun 2012 dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £13 juta.

Penyerang berusia 25 tahun itu gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang bersama Arsenal termasuk ketika menentang Liverpool dua minggu lalu.

“Saya berasa gugup setiap kali ingin menjaringkan gol,” kata Giroud menerusi laman web rasmi FIFA.

“Situasi yang sama turut saya alami dalam beberapa perlawanan pertama saya bersama skuad utama Perancis.”

“Saya tidak risau mengenainya kerana saya sering menjaringkan gol semasa sesi latihan dan saya juga sangat selesa menjadi sebahagian daripada skuad ini (Arsenal).”

Penyerang berusia 25 tahun itu memulakan debut bersama skuad kebangsaan Perancis pada 11 November 2011 dalam aksi menentang Belgium. Sehingga kini, Giroud sudah melakukan 9 penampilan bersama Les Bleus dengan menjaringkan 1 gol dang menghasilkan 3 assist.

“Saya perlu tidak berfikir terlalu banyak, jadi saya akan berasa lebih tenang apabila ingin menjaringkan gol.”

Kehadiran Giroud merupakan sebahagian daripada perancangan Arsenal untuk mengantikan Robin van Persie yang menyertai Manchester United pertengahan Ogos lalu. Pengurus Arsenal turut melaungkan keyakinan bahawa Giroud mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang Belanda itu.

“Saya turut mahu mempertingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris dan bercakap dengan fasih tanpa perlu berfikir mengenai apa yang orang akan katakan,” tambah Giroud lagi.

“Berada di Arsenal membantu pembangunan karier saya dan pengurus seperti Arsene Wenger yang mengendalikannya. Saya berada di bawah pengurus yang bagus.”

Giroud turut mengakut kehebatan bekas penyerang Arsenal itu dan berharap agar peminat-peminat memberi sedikit masa untuk membuktikan kemampuannya selaku penganti kepada Robin van Persie.

“Semua orang sering membandingkan saya dengan dia (van Persie) tetapi saya tahu pengurus masih menanam kepercayaan kepada saya.”

“Saya hadir selepas Robin van Persie menjaringkan 30 bersama Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu tetapi dia memerlukan 8 musim untuk mencapai tahap ini.”

“Saya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan memberi sesuatu yang diharapkan oleh pengurus, kelab dan penyokong-penyokong,” kata Giroud lagi.

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply