[PERSPEKTIF] OLIVIER GIROUD BAKAL MENYERLAH

Olivier Giroud terus mendapat sokongan daripada rakan-rakan sepasukan, Laurent Koscielny dan Thomas Vermaelen selepas gagal menjaringkan gol dalam 3 perlawanan bersama Arsenal setakat ini. Musim lalu, Giroud muncul selaku penjaring terbanyak Ligue 1 Perancis dengan 21 gol serta membantu Montpellier menjulang Ligue 1 musim 2011/12.

Penyerang kelahiran Perancis berusia 25 tahun tertekan selepas gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang. Namun, Koscielny dan Vermaelen menyatakan sokongan dan berharap agar peminat-peminat memberi peluang dan sedikit masa untuk Giroud menyerlah bersama Arsenal.

“Saya mengenali Olivier (Giroud), dia seorang pemain yang bagus tetapi apabila seorang penyerang tidak menjaringkan gol kamu anda menyatakan soalan yang sama,” kata Koscielny kepada Arsenal Player.

“Apabila dia sudah menjaringkan gol pertamanya dan selepas itu dia akan menjadi lebih berkeyakinan dan mudah untuk menjaringkan gol seterusnya.”

“Dia memiliki kualiti yang hebat bersama Arsenal, dia bekerja keras semasa sesi latihan dan apabila dia memiliki peluang untuk menjaringkan gol di mana bola melepasi 20 cm ia akan menjadi sukar.”

“Tetapi Giroud seorang yang professional dan sangat kuat. Satu dan kemudian dia akan menjadi baik,” kata Koscielny yang juga merupakan rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Perancis.

Sementara itu, kapten Arsenal Thomas Vermaelen turut senada dengan Koscielny. Pemain antarabangsa Belgium itu yakin Giroud akan mula mejaringkan dalam beberapa penampilan lagi. Perpindahan Giroud dari Montpellier ke Arsenal memberi satu perbezaan ketara corak permaian antara kedua-dua liga.

Bercakap dalam rancangan Saturdays Official Matchday Programme, Vermaelen berkata, “Saya yakin Olivier (Giroud) akan meledak tidak lama lagi. Ia bukan satu permulaan yang mudah – dia tidak memiliki cukup masa ketika menentang Sunderland dan beraksi dalam 2 perlawanan yang sukar selepas itu.”

“Dia berjaya memenangi penguasaan dalam beberapa perlawanan dan itu merupakan kualiti yang kuat apabila beraksi di tempat lawan. Kadang-kadang kami bermain dengan hantaran jauh kepadanya dan dia juga bagus di udara.”

“Dia berjaya melakukan larian-larian tetapi malangnya dia gagal untuk menjaringkan gol setakat ini. Namun dia berada diposisi yang baik jadi saya tidak risau mengenai dirinya. Masanya akan tiba nanti,” kata Vermaelen lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply