[PERSPEKTIF] MASIH TERLALU AWAL UNTUK BERBICARA MENGENAI KEJUARAAN – PODOLSKI

Lukas Podolski gembira dengan persembahan yang memberansangkan oleh Arsenal pada permulaan musim ini namun mengakui masih terlalu awal untuk berbicara mengenai merangkul kejuaraan. Arsenal kembali dari Montpellier dengan melebarkan rekod tanpa kalah musim ini selepas 5 perlawanan dalam semua kejohanan.

The Gunners turut cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini dengan mencatatkan dua keputusan seri dan dua kemenangan sekaligus berada di kedudukan ke-3 namun bakal berhadapan tugas sukar hujung minggu menentang juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City di Stadium Etihad.

“Kami baru mengharungi empat perlawanan. Ia (terlalu awal) untuk bercakap mengenai kejuaraan,” kata Lukas Podolski kepada Arsenal Player

“Apabila anda memenangi perlawanan, anda bukan juara. Apabila anda kalah dalam perlawanan, anda bukan juara.”

“Kami mahu memenangi semua perlawanan yang kami hadapi dan saya rasa jika kami beraksi seperti perlawanan menentang Liverpool dan Southampton pastinya kami tidak mempunyai masalah untuk memungut 3 mata di Manchester City.”

“Ini sangat penting (beraksi dengan baik). Kami mengharungi perlawanan yang sukar tetapi Man City juga beraksi di Madrid dan akan menentang kami – satu minggu yang sukar.”

Podolski turut menjaringkan 3 gol bersama Arsenal setakat ni dan pemain antarabangsa Jerman ini nyata gembira dengan persembahannya dan berjaya membantu pasukan memperoleh kemenangan.

“Saya gembira untuk menjaringkan gol bersama pasukan ini. Kami juga gembira memperoleh 3 mata – ia sangat penting bagi kami.”

“Kami beraksi baik pada separuh masa pertama selepas Montpellier menjaringkan gol pertama perlawanan. Tetapi pada separuh masa kedua kami tidak bermain dengan baik. Kami tidak melakukan serangan yang baik tetapi yang paling penting kami berjaya memperolehi tiga mata berharga,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply