[PERSPEKTIF] JARINGAN BERMULA DARI PENGEMBARAAN YANG MENARIK – GIROUD

Olivier Giroud berharap agar jaringan pertamanya bersama Arsenal menjadi sebahagian daripada satu pengembaraan menarik buat dirinya. Penyerang antarabangsa Perancis ini menjaringkan gol pertama bersama Arsenal ketika menentang Coventry City kelmarin selepas bijak membaca hantaran Francis Coquelin. Kini, pemain berusia 25 tahun lega dengan kemarau jaringan yang dilaluinya sebelum ini dan melaungkan keyakinan untuk menjaringkan lebih banyak gol selepas ini.

“Jaringan ini menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh saya. Ia sudah berakhir, saya sudah menjaringkan gol pertama saya. Tetapi ia bermula dari satu pengembaraan yang menarik,” kata Olivier Giroud.

“Secara tidak sedar, saya sering memikirkan mengenai jaringan pertama saya. Saya cuba untuk tidak memikirkannya tetapi keluarga saya, kawan-kawan dan semua orang berbicara mengenainya.”

“Sebagai seorang penyerang, ia merupakan detik yang istimewa apabila menjaringkan gol. Saya turut menghasilkan beberapa assist setakat ini dan bukan sekadar gol semata-mata. Bagi seorang penyerang, keyakinan diri sangat penting. Saya berharap agar lebih banyak gol akan menyusul.”

“Saya mahu bermain setiap minggu, untuk mendapatkan rentak permainan dan terus menjaringkan gol. Saya cuba untuk menyakinkan diri dengan penuh ketabahan, akhirnya jaringan itu muncul.”

Hujung minggu ini Arsenal bakal menanti kunjungan Chelsea di Stadium Emirates dalam saingan London Derby dan Giroud berharap agar diberi peluang untuk beraksi. Penyerang antarabangsa Perancis mengakui semangatnya kini memuncak dan bersedia untuk mengalas tugas selaku pengempur utama Arsenal.

“(Perlawanan menentang Coventry) merupakan satu tonik terbaik sebelum aksi menentang Chelsea, satu lagi perlawanan penting musim ini. Ia telah membeikan saya bukan kepada sahaja tetapi juga kepada rakan-rakan sepasukan,” kata Giroud lagi.

“Kini, kami memikirkan mengenai saingan liga. Ia (menentang Chelsea) merupakan perlawanan penting dan kami berharap dapat memenanginya,” kata penyerang berusia 25 tahun itu.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply