[PERSPEKTIF] FRANK McLINTOCK PUJI PERSEMBAHAN ARSENAL

Bekas kapten Arsenal, Frank McLintock yang lantang mengkritik polisi Arsenal kebelakangan ini mengakui tertarik dan optimis dengan kemampuan Arsenal untuk menamatkan kemarau kejuaraan musim ini. Bangkit dari permulaan hambar saingan Liga Perdana Inggeris dengan mencatatkan dua keputusan seri menentang Sunderland dan Stoke City, namun Arsenal kini berjaya berada di kedudukan ketiga carta liga selepas cemerlang menewaskan Liverpool dan Southampton.

McLintock menyertai Arsenal pada 1964 dan telah menghabiskan 9 tahun bersama Arsenal dengan beraksi lebih 400 perlawanan bersama The Gunners sebelum menamatkan kariernya bersama QPR. Bekas kapten Arsenal yang menjulang kejuaraan berganda pada 1970/71 ini teruja dengan persembahan mantap yang dipamerkan oleh pemain baru Arsenal, Santi Cazorla selepas 4 perlawanan liga setakat ini.

Selaku bekas pemain pertahanan, lagenda Arsenal berusia 72 tahun ini turut memuji peranan yang dimainkan oleh Steve Bould dalam membentuk barisan pertahanan mantap Arsenal apabila sekadar dibolosi sekali selepas 4 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Arsenal kini lebih realistik dan bersedia untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah. Keyakinan turut diluahkan oleh kapten Arsenal, Thomas Vermaelen yang berharap agar rakan-rakan sepasukannya akan lebih fokus dalam mengharungi saingan musim ini.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply