[PERSPEKTIF] CAZORLA GEMBIRA DENGAN PERANANYA DI ARSENAL

Pemain baru Arsenal, Santi Cazorla gembira dengan peranannya di Arsenal apabila memulakan musim baru bersama The Gunners dengan cemerlang. Cazorla yang ditandatangani dari Malaga berjaya mencuri perhatian penyokong-penyokong Arsenal dalam tiga aksi awal Liga Perdana Inggeris dengan meledak 1 gol serta menghasilkan 1 assist. Pemain antarabangsa Sepanyol itu nyata gembira apabila Arsene Wenger memberikannya peranan beraksi secara bebas.

“Mereka (Arsenal) membayar jumlah wang yang penting untuk saya dan saya diberi peranan beraksi seperti yang saya inginkan,” kata Cazorla kepada El Pais.

“Saya menyukai corak permainan pasukan ini. Falsafah Wenger ialah mengawal permainan dan saya suka untuk mengawal bola. Tambahan pula, pengurus meletakan saya di posisi selaku penyerang kedua, dengan peranan untuk bergerak bebas di atas padang.”

“Dia memberitahu saya bahawa saya akan berasa selesa dan Wenger meletakkan saya di posisi tengah di mana saya boleh membantu pasukan. Ia mengejutkan saya ketika pra-musim apabila dia meletakkan saya sebagai penyerang kedua.”

“Saya datang ke sini untuk bermain sebagai pemain sayap yang bebas bergerak namun Wenger meletakan di posisi tengah. Dengan (Mikel) Arteta, (Abou) Diaby, (Tomas) Rosicky, dan (Jack) Wilshere yang kembali dari kecederaan, kami memiliki lebih pilihan.”

Santi Cazorla turut menghamburkan penghargaan kepada rakan senegara, Mikel Arteta yang banyak membantu dirinya untuk menyesuaikan diri dengan permainan Liga Perdana Inggeris dengan cepat.

“Arteta banyak memberi nasihat kepada saya, dia mengajar saya tentang bola sepak Inggeris lebih pantas dan kurang taktikal berbanding di Sepanyol.”

“Arteta telah membantu saya untuk belajar untuk memahami permainan bola sepak Inggeris dan berkata bahawa jika kita bermain laju dengan bola kita akan mewujudkan banyak peluang berbahaya dan kita akan menewaskan banyak pasukan.”

“Wenger mahu dia (Arteta) bermain lebih bertahan dan dia melakukannya dengan sangat baik. Beliau memberikan imbangan yang bagus dan dia boleh merampas bola kembali dan bermain dengan tenang semula kerana dia hebat ketika mengawal bola,” kata Cazorla lagi.

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply