[PERSPEKTIF] CAZORLA GANDINGAN TERBAIK SAYA – LUKAS PODOLSKI

Penyerang baru Arsenal, Lukas Podolski yakin kehadiran Santi Cazorla bakal menjadi gandingan terbaiknya dalam memacu kejayaan Arsenal musim ini. Pemain berusia 27 tahun itu menjaringkan gol pertama Arsenal musim ini yang merupakan gol pertamanya bersama Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika menewaskan Liverpool di Anfield hujung minggu lalu. Jaringan tersebut hadir selepas menerima umpanan cantik dari pemain antarabangsa Sepanyol itu, Santi Cazorla.

Gandingan Podolski dan Cazorla berjaya meledak gol kedua Arsenal apabila giliran penyerang antarabangsa Jerman itu pula mencipta ruang buat Cazorla mencatat nama selaku penjaring gol kedua Arsenal.

“Saya menyukai cara permainan Arsenal dan cara permainan Santi (Cazorla). Saya sukakan cara pemainan bola sepak di sini yang mengamalkan cara permainan hantaran satu dua.”

“Kami bermain bersama-sama dan anda boleh lihat sendiri. Dia (Cazorla) melakukan hantaran untuk gol pertama dan saya pula mencipta ruang untuk Cazorla menjaringkan gol kedua Arsenal.”

“Namun, perjalanan masih jauh dan kami baru beraksi 3 perlawanan. Kami masih ada 35 perlawanan lagi untuk dihadapi.”

Lukas Podolski diletakkan selaku pemain sayap kiri dan penyerang tengah musim ini tetapi mengakui dia belum menampilkan persembahan sebenarnya lagi.

“Saya beraksi di sebelah kiri tetapi kamu lihat permainan saya di Arsenal jelas berbeza ketika beraksi dalam skuad kebangsaan Jerman.”

“Dia Arsenal, kami mempunyai 3 titik posisi. Saya tidak hanya bermain di sebelah kiri sahaja tetapi turut bermain di tengah dan bergandingan bersama Abou Diaby dan Mikel Arteta.”

“Ini merupakan gaya permaian saya. Saya menyukainya. Saya sukakannya bukan hanya untuk satu perlawanan. Saya mahu bermain lebih dari tiga perlawanan,” kata Podolski lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply