[PERSPEKTIF] BUKAN LALUAN MUDAH BUAT ARSENAL – WENGER

Arsene Wenger mengakui pasukan bimbingannya Arsenal merupakan pilihan untuk menjuarai kumpulan B dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah peringkat kumpulan musim ini namun turut berdepan saingan hebat. Arsenal diundi dalam kumpulan B bersama-sama Schalke 04, Montpellier dan juara Liga Greece, Olympiacos pada undian yang berlangsung di Monaco, Khamis lalu.

The Gunners akan memulakan kempen dengan bertandang ke Stade de la Mosson untuk berhadapan dengan juara Ligue 1, Montpellier pada 18 September ini namun Arsene Wenger berkata pasukannya perlu memulakan dengan langkah kanan.

“Kami (Arsenal) menjadi pilihan kerana kami memiliki pengalaman yang banyak dalam saingan ini,” kata Wenger kepada Arsenal Player.

“Tetapi kita tahu pengalaman sebenar dalam Liga Juara-Juara Eropah dalah menjulang kejuaraan ini. Setiap pasukan memiliki kelebihan tersendiri, ia merupakan sebuah kejuaraan dan jika mereka benar-benar serius mereka perlu memulakan dengan permulaan yang baik.”

“Kami bakal memulakan saingan di Montpellier di mana tempat yang sukar dengan sokongan padu penyokong tempatan. Namun, kadang-kadang situasi ini memberi ransangan psikologi yang tinggi kepada kami dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Jadi, apa yang penting bagi kami ialah kekal fokus.

“Ramai pemain-pemain tidak mengetahui mengenai suasana persekitaran di selatan Perancis dan mereka terkejut – tetapi kami sudah memiliki pengalaman.”

“Saya belum bercakap dengan Giroud lagi mengenai situasi ini. Ia merupakan detik sukar baginya tetapi yang paling penting ialah keseluruhan pasukan harus melakukan yang terbaik. Kami perlu fokus tentang perlawanan begitu juga dengan Giroud.”

Wenger turut menjangkakan bahawa Arsenal turut berhadapan tugas sukar dai Schalke 04 dan juara Liga Greece, Olympiacos dalam kumpulan ini.

“Schalke 04 merupakan pasukan yang kuat. Mereka merupakan pasukan yang terkenal dengan sokongan padu penyokong-penyokong. Dari segi sejarah mereka adalah kelab hebat. Jerman adalah sebuah negara bola sepak, jadi ia bukannya satu tugas yang mudah.”

“Olympiacos pula pernah menewaskan kami musim lalu dan kami tidak boleh memandang rendah tentang keupayaan mereka.”

“Meskipun di Emirates, mereka memberi cabaran yang hebat kepada kami. walaupun kami berjaya memenanginya (di Emirates) dan kami berjaya melakukannya dengan baik. Mereka merupakan pasukan terbaik dari Liga Greece dan memiliki pengalaman yang luas dalam Liga Juara-Juara Eropah,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply