[PERSPEKTIF] BERHENTI MENJUAL PEMAIN UTAMA – ALISHER USMANOV

Salah seorang pemilik saham Arsenal, Alisher Usmanov gembira dengan perkembangan positif kelab ini dan melaungkan keyakinan bahawa Arsenal memiliki peluang besar untuk meraih trofi musim ini. Namun, jutawan Russia menegaskan Arsenal tidak boleh lagi menjual pemain-pemain utama jika mahu menamatkan kemarau kejuaraan yang dilalui oleh Arsenal sejak 7 musim yang lalu.

Usmanov mengakui penjualan pemain-pemain utama memberikan kesan buruk kepada kelab dan Arsenal perlu memberhentikan mulai sekarang. Penjualan pemain-pemain bakal mewujudkan situasi kelab yang tidak stabil dan merugikan kelab untuk jangka masa panjang.

“Jika Arsenal mahu menamat kemarau kejuaraan, mereka perlu mempertahankan pemain-pemainnya. Saya berharap agar kelab berhenti menjual pemain-pemain utamanya. Jika Arsène Wenger mampu melakukannya, saya yakin kelab ini mampu meraih kejuaraan musim ini,” jelas Usmanov baru-baru ini.

Jutawan Russia ini memiliki pegangan saham sebanyak 29.9% dalam Arsenal menerusi syarikatnya Red dan White Holding. Alisher Usmanov juga memiliki hubungan yang rapat dengan bekas naib pengerusi Arsenal, David Dein.

“Dengan itu, secara tidak langsung akan mengembalikan kepercayaan peminat kepada Arsenal. Dan jika Wenger gagal mengekalkan pemain-pemainnya, jangan menyalahkan peminat jika tidak memberi sokongan kepada Arsenal lagi selepas ini,” kata jutawan kelahiran Uzbekistan.

Usmanov juga melaungkan keyakinan terhadap kewibawaan Arsene Wenger untuk terus membimbing Arsenal : “Saya adalam peminat setia Arsene Wenger. Saya sentiasa menyokong dia  dan yakin dengan kemampuannya. Bagi kami, dia seorang wira meskipun merombak barisan pemain-pemainnya, dia masih berjaya mengekalkan corak permainan yang menarik.”

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply