[PERSPEKTIF] ARTETA GEMBIRA DENGAN PERANAN BARU MUSIM INI

Mikel Arteta mengakui dirinya kini gembira dengan peranan baru menjadi nadi kekuatan Arsenal di bahagian tengah Arsenal. Playmaker kelahiran Sepanyol ini menyertai Arsenal dari Everton dengan yuran perpindahan bernilai £10.5 juta pada 31 Ogos 2011. Musim ini Arteta diletakkan selaku defensive midfielder mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Alex Song untuk melindungi barisan pertahanan serta membantu menjana serangan The Gunners.

Pemain berusia 29 tahun in nyata gembira dengan peranan barunya musim berbanding musim lalu di mana Arteta yang lebih berpengaruh di bahagian serangan.

“Ia merupakan satu perubahan tetapi lebih kepada mental. Pengurus menyakinkan saya bahawa ini adalah yang terbaik untuk pasukan dan saya menerimanya,” kata Arteta kepada Arsenal Player.

“Jika ia berkesan di mana dalam permainan seperti yang mana anda fikirkan bahawa saya perlu bermain lebih fizikal tetapi saya masih mencipta peluang dan cuba menandingi keupayaan fizikal lawan, ia mengukuhkan keyakinan saya. Saya benar-benar gembira bahawa adalah cara yang baik untuk bermain.”

Jaringan penyamaan Laurent Koscielny dalam perlawanan Ahad lalu berjaya melebarkan rekod tanpa kalah Arsenal kepada 5 perlawanan ketika seri 1-1 menentang Manchester City di Stadium Etihad. Arteta percaya proses pemulihan dan sikap pemain-pemain berjaya menjadi pemangkin prestasi konsisten Arsenal setakat ini.

“Bagi kami, ianya bagus kerana kami yakin bahawa kami juga sebagus mereka. Saya rasa pada perlawanan Ahad lalu kami lebih baik daripada mereka. Jika kami melakukannya, dan kami memerlukan konsistensi (untuk berjaya).”

Mikel Arteta yang buat pertama kali menjadi kapten Arsenal ekoran Vermaelen yang terpaksa direhat turut menyata rasa gembira dan teruja dengan sokongan padu peminta-peminat Arsenal terutama ketika perlawanan menentang Man City hujung minggu lalu.

“Semua orang kini bersemangat dan kami dapat merasakannya. Ia merupakan hari-hari yang hebat. Mereka menjerit-jerit dan memberi sokongan kepada kami. Mereka masih menaruh kepercayaan kepada kami dan kami cuba melakukan yang terbaik untuk mereka (penyokong Arsenal),” kata Arteta lagi

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply