[PERSPEKTIF] ANDREY ARSHAVIN MAHU DIBERI PELUANG BERAKSI

Andrey Arshavin mengakui dirinya berada dalam situasi tidak menentu pada musim 2012/13. Pemain antarabangsa Russia ini cemerlang ketika membantu Arsenal menewaskan Coventry City 6-1 dalam saingan Piala Capital One pada Khamis lalu. Terdahulu, Arshavin turut masuk selaku pemain gantian ketika Arsenal seri 0-0 menentang Stoke City pada 26 Ogos lalu.

“Ia merupakan situasi yang sukar bagi saya – buat pertama kali dalam hidup saya,” kata Arshavin dalam program rasmi Matchday.

“Sudah tentu saya mahu bermain tetapi saya masih cuba mengekalkan keadaan saya sebaik mungkin dan saya berharap agar mendapat lebih banyak peluang pada masa akan datang. Ia sesuatu yang sangat bagus apabila menjaringkan gol menentang Coventry, saya sangat gembira.”

Sementara itu, Arshavin mengakui Arsenal kini bermain dengan lebih bertahan tanpa menjejas corak serangan Arsenal. Namun, situasi ini menjadikan skuad ini semakin kuat dan mantap sekaligus menjadi faktor utama kejayaan Arsenal musim ini.

“Perbezaan musim ini dengan musim sebelum-sebelum ini ialah pada pendapat saya kami bermain lebih kolektif,” kata pemain berusia 31 tahun itu.

“Saya rasa ia membantu kami di atas padang agar lebih bertahan – berbeza dengan tahun lalu. Saya belum melihat statistik lagi tetapi saya rasa kami bermain dengan lebih kompak.”

“Sasaran saya untuk menjadi sebahagian daripada pasukan, bermain bola sepak dan kekal fokus bersama Arsenal. Saya rasa, jika diberi peluang saya boleh melakukan yang terbaik,” kata Arshavin lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply