[PERSPEKTIF] ARSENAL PAMER KAREKTER SEBENAR – VITO MANNONE

Vito Mannone mengalu-alukan kepelbagaian karekter dalam skuad Arsenal ketika Arsenal mengikat Manchester City di Etihad hujung minggu lalu menerusi jaringan lewat Laurent Koscielny 8 minit sebelum perlawanan tamat. Skuad bimbingan Roberto Mancini terlebih dahulu di depan hasil tandukan kencang Joleon Lescott pada minit ke-40 yang menewaskan penjaga gol Arsenal.

Jaringan Koscielny berjaya membantu melebarkan rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris musim ini selepas 5 perlawanan.

“Kami bersedia mempamerkan karekter sebenar kami terutama dalam perlawanan-perlawanan penting,” kata Vito Mannone kepada Arsenal Player.

“Setiap pasukan memiliki kesukaran berbeza. Kami perlu beraksi dengan baik untuk mendapatkan mata yang maksimum.”

“Kami berjaya melakukannya dengan mengenepikan tekanan. Kami menunjukan karekter yang hebat selepas berjaya bangkit terutama ketika menentang juara bertahan (Man City).”

Penjaga gol kelahiran Itali ini nyata kecewa kerana gagal menghalang jaringan Joleon Lescott pada minit ke-40 tetapi cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada Sergio Aguero dan Vincent Kompany.

“Saya tida gembira kerana membenarkan jaringan tersebut tetapi saya perlu kembali kuat untuk menyelamatkan gawang (Arsenal).”

“Keseleuruhan pasukan beraksi dengan baik sekali dan memberikan segala-galanya untuk mendapatkan mata. Setiap usaha menyelamat dari saya adalah untuk membantu pasukan, dan saya benar-benar gembira,” kata penjaga gol berusia 26 tahun ini.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply